Family

Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati

Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati

Sharing is caring!

Bergurau senda memang digalakkan dalam setiap rumah tangga, malah ia turut boleh mendatangkan pahala kerana merapatkan lagi hubungan antara suami isteri atau dengan anak-anak. Namun setiap percakapan perlu dijaga, kerana jika tersilap bicara buruk pula padahnya.


BACA: Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati
Gambar Sekadar Hiasan

Jangan bergurau kasar dengan isteri…sehingga dia betul percaya dan terasa hati

Hakikatnya terdapat ramai yang mengambil mudah tentang perkara ini sehingga menyebabkan perasaan isteri terguris. Sehubungan itu, Firdaus Shakirin menerusi perkongsiannya di Facebook terpanggil untuk menasihati golongan suami agar menjaga tahap gurau mesra dengan partner masing-masing. Walaupun mungkin setiap perkara yang disebutkan itu berniat gurauan semata-mata, namun ada sesetengah boleh membuatkan mereka marah atau terasa secara tanpa sedar.


Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati

Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati
Gambar Sekadar Hiasan

Jika ingin perbaiki kekurangan dia bagi tahu dengan baik…bukan dengan gurauan kasar

Menurutnya lagi, para suami perlu memaklumkan dengan jelas setiap kekurangan isteri dan tidak perlulah menjadikan ia sebagai bahan lawak hingga terjadi salah faham. Takut suatu hari nanti isteri pula yang bergurau kasar hingga terkena batang hidung sendiri. Justeru, ketua keluarga perlulah beringat untuk sentiasa menjaga hati dan perasaan para isteri meskipun kerana niat untuk bergurau sahaja kerana jiwa mereka sesungguhnya sangat sensitif.


Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati

Jiwa Para Isteri Memang Sensitif, Jangan Salah Bergurau Takut Nanti Terasa Hati
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!