Hiburan

“Jodoh Anda Akan Tiba Nanti”- Mira Filzah Titip Pesanan Buat Peminat Single

“Jodoh Anda Akan Tiba Nanti”- Mira Filzah Titip Pesanan Buat Peminat Single

Sharing is caring!

Malam tadi, aktres cantik Mira Filzah telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang arkitek yang bernama Wan Emir Astar dengan sekali lafaz. Sekitar 5 jam sebelum diijabkabulkan, pihak TV3 sempat menemu bual Mira Filzah serba sedikit mengenai majlisnya pada malam semalam.

BACA: [VIDEO]”I Love You More”-Bisikan Cinta Mira & Suami Buat Ramai Tersenyum


Setiap orang telah diciptakan dengan jodoh masing-masing… anda punya akan tiba suatu hari nanti

Menerusi temubual eksklusif tersebut, aktres ini mendedahkan ciri menarik dalam hari bermaknanya itu dan sedikit details yang akan ada ketika majlis perkahwinan mereka nanti. Di hujung sesi temu bual berkenaan, aktres berusia 27 tahun ini sempat menitipkan pesanan buat para peminat yang masih belum berkahwin. Menerusi video tersebut, Mira Filzah menyatakan bahawa setiap orang diciptakan dengan partner masing-masing. Apabila sudah tiba masanya, pasti jodoh setiap orang akan bertemu juga.

Lemah lembut je suara dia ni… tiba-tiba rasa tak sabar pulak nak kahwin

Pesanan pendek berdurasi 9 saat tersebut turut telah menjadi tular melalui akaun seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Alif sehingga meraih lebih 100 ribu tontonan dan 4 ribu retweets. Perkongsian ringkas terbabit turut meraih pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya berasa sebak mengenangkan Mira Filzah kini sudah menjadi isteri orang. Selain itu, ada juga yang memuji kelembutan suara pelakon ini apabila menitipkan pesanan ringkas berkenaan buat peminatnya.


“Jodoh Anda Akan Tiba Nanti”- Mira Filzah Titip Pesanan Buat Peminat Single

“Jodoh Anda Akan Tiba Nanti”- Mira Filzah Titip Pesanan Buat Peminat Single

“Jodoh Anda Akan Tiba Nanti”- Mira Filzah Titip Pesanan Buat Peminat Single

“Jodoh Anda Akan Tiba Nanti”- Mira Filzah Titip Pesanan Buat Peminat Single

Sumber: Twitter Alif, YouTube Drama Sangat


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini