Mendengar nama Joey Daud sahaja sudah cukup menggeletek fikiran ramai peminat. Gelagatnya apabila muncul di kaca TV cukup menggembirakan ramai dengan lawak dan gaya yang bersahaja. Namun siapa sangka baru-baru ini, seorang wartawan juga gagal menahan rasa terhibur apabila berdepan dengan artis tersebut.
BACA : Saya Suka Awak Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live
Perempuan ni lebih tertarik kepada lelaki yang kelakar..Jadi macam mana abang banyak tak ehhh
Fannahbrahman yang merupakan wartawan daripada media Hlive awalnya cuba menemubual Joey mengenai topik ‘lelaki kelakar diminati golongan wanita’. Tetapi belum sempat dia menghabiskan soalan pertama, Joey tiba-tiba menggerakkan tangan dengan tangkas seolah-olah sedang menangkap sesuatu.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Sebab tu Kak Watie sayang Abang Joey…Mesti sebab kelakar
Aksi berkenaan yang terjadi secara drastik telah mengejutkan Fannah. Namun lucunya, wanita ini tidak boleh meneruskan pertanyaan kerana dia sendiri terhibur dan mula gelak besar sehingga kedengaran bunyi hembusan angin sebanyak beberapa kali. Sementara itu, Joey di sebelah masih menyambung lagi gaya seperti sedang meruqyah gangguan makhluk halus.
Kalau ketawa sampai keluar bunyi angin, memang kelakar sangat tu
Walaupun cuma 18 saat sahaja, rakaman pendek berkenaan cukup membuatkan netizen terhibur. Bukan disebabkan oleh lawak merapu Joey semata-mata, bahkan mereka sendiri bertambah lucu mendengar bunyi ketawa yang dikeluarkan oleh Fannah.
Kredit : IG Hlive & TikTok fannabrahman
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura