“Jom Jadi Madu Saya!” – Wanita Kongsi Detik Manis Hadiahkan Madu Buat Suaminya

‘Madu’ adalah perkataan yang amat sensitif bagi kebanyakan wanita. Bila disebut oleh suami je, mesti kena jelingan tajam walaupun dia betul-betul maksudkan madu lebah. Sungguhpun kehidupan berpoligami dibenarkan dalam agama, namun ramai yang akan triggered dan protes mengenainya. Namun berbeza pula bagi wanita bernama Puan Khazatul Atiqah ini yang berkongsi pengalaman mencari dan menemui sendiri madu yang sesuai buat suaminya baru-baru ini.

BACA: “Selama Ni Ingatkan Dia Mak Mertua Awak, Tak Sangka Rupanya Madu!”

Saya bercita-cita nak ada keluarga poligami harmoni…lebih banyak manfaat

Dahulunya Puan Atiqah juga sama seperti wanita lain di luar sana yang menepis konsep hidup bermadu ini. Namun semuanya berubah selepas dia tinggal bersama keluarga mentuanya yang mempunyai 3 orang isteri pada 5 tahun awal perkahwinannya. Selain itu, dia juga menjadi risau terhadap masa depan keluarganya seandainya dia pergi menghadap Illahi suatu hari nanti.

Sebagai perempuan biasa yang mudah kalah dengan nafsu…poligami adalah ubatnya

Jelasnya lagi, dia turut berasa kasihan apabila suaminya tidak mendapat layanan yang cukup daripadanya walaupun dia adalah seorang lelaki yang cukup baik. Puan Atiqah turut menyifatkan konsep kehidupan berpoligami ini dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam rumah tangga selain mampu merawat hawa nafsu dan emosinya.

Kenal ‘dia’ di satu majlis…tak sangka rupanya single mom kepada 2 orang anak

Berkongsi kembali detik pertemuan dengan madunya, business woman ini berkata yang dia mula tertarik dengan keperibadian seorang pengusaha spa bernama Nur Fathonah dalam beberapa buah events. Dari situlah juga dia baru mengetahui yang wanita tersebut merupakan seorang ibu tunggal, selepas menyimpan rahsia itu kerana bimbang ada orang ambil kesempatan ke atasnya.

Saat dengar statusnya terus terpacul “Jom jadi madu saya!”

Nyatakan hasrat pada suami & cerita tentang calon yang saya rasakan, inilah orangnya!

Meneruskan lagi misi pencariannya, businesswoman ini pernah berjumpa dengan beberapa orang calon namun mereka menolak tawaran tersebut. Akhirnya dia terdetik untuk menghubungi Fathonah dan melamarnya dengan baik untuk menjadi isteri kedua suaminya.

Berkat doa dan petunjuk daripada yang Maha Esa, akhirnya Fathonah bersetuju untuk berkongsi hidup dan suami bersamanya. Penjelasan ini sekaligus menjawab spekulasi posting yang dikongsikan oleh suami Puan Atiqah beberapa hari lalu kerana telah mengejutkan ramai pihak, seterusnya mengelakkan tuduhan fitnah. Dalam pada itu, dia turut meminta doa daripada orang ramai agar rumah tangga mereka kekal harmoni sehingga ke Jannah.

Sumber: FB TiQa Ummimerahjambu

Apa Komen Anda?