“Jom On Dengan I”- Baru 3 Hari Kantoi Menduda, ‘Saham’ Ariff Aziz Makin Naik!

Hampir dua bulan berpisah secara rasmi dengan penerbit Datuk A. Aida, kehidupan solo pelakon Ariff Aziz kini semakin menjadi perhatian ramai gadis muda di media sosial. Sejak berita itu diumumkan secara rasmi beberapa hari yang lalu, setiap posting di Instagram aktres kacak ini semakin dipenuhi dengan komen-komen nakal peminat yang mencuba nasib untuk mencuri perhatiannya. 

BACA: “Saya Terkejut!”- Kembali Single, Rashidi Ishak Terima 300 Mesej Setiap Hari

Berikut antara foto yang dikongsikan Ariff Aziz selepas berita keruntuhan rumahtangganya heboh diperkatakan di media sosial. 

Selamat pagi dan semoga mempunyai hari yang bagus.. semalam adalah hari yang penuh perhatian

To adik-adik, harini saya nak ajar mata pelajaran sains 

Bergelar duda di usia 30 tahun, ‘saham’ Ariff Aziz nampaknya semakin naik apabila gadis-gadis membanjiri ruangan komen fotonya dengan pelbagai kata ucapan dan juga ayat memancing perhatian.

Jom on dengan I. DM I ok

Muka handsome + kata-kata baik…Perfect bae ever!

Awak layak dapat perempuan lagi muda dan hebat

Duda hot, be strong.. 

Nak try mengorat boleh? Duda dah kan?

Ariff Aziz dan A. Aida telah berpisah secara rasmi pada 24 April lalu setelah sembilan bulan berkahwin dan punca perpisahan itu masih dirahsiakan mereka. Terbaru melalui IG story Ariff dia ada memberi respon tentang peluang kedua dan tidak dapat dipastikan apa motif sebenarnya. 

Jap! Peluang kedua??

Rujuk? Aku nak munt4hnye..

Sumber: IG ariffaziz7

Apa Komen Anda?