Bagi umat Islam, sahur merupakan juadah pertama sebelum memulakan ibadah puasa. Malah, ia juga mampu membantu kita untuk tahan lebih lama daripada lapar dan dahaga sehingga waktu berbuka. Namun kalau tak sempat, bersabarlah menerima dugaan seperti yang terjadi kepada kumpulan lelaki ini.
BACA: Kak KM Menangis Jam 4 Pagi Masak Sahur, Terlalu Rindukan Anak- Baliklah Kak
Sini bro aku ceritakan harapan nak sahur tapi makanan sampai waktu subuh
Menerusi perkongsian fris.fuz di laman TikTok, kelihatan beberapa orang lelaki yang berada di sebuah premis untuk bersahur. Difahamkan mereka telah keluar pada jam 5.30 pagi dan memesan makanan berupa western. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi geng tersebut gara-gara hidangan yang dipesan sampai setelah azan berkumandang.
Hanya mampu ketawa dalam kesal, telan air liur tenung makanan sahur
Menyedari perkara itu, mereka hanya mampu ketawa sambil merenung kesedihan melihat juadah tersebut. Difahamkan, kedai yang menyediakannya pula gagal siap tepat pada waktu dan hanya sempat meneguk air. Bukan sahaja kecewa, malah terpaksa menerima hakikat selepas makanan enak berkenaan perlu ‘dikorbankan’ begitu sahaja.
@fris.fuz Owner kedai masak nasi lama sangat 🙁 #fyp
Aduhai muka memasing sedih mat…takpalah berbuka nanti takyah beli lain, jimat duit sikit
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi termasuklah simpati akan nasib mereka. Malah, ada juga yang menasihati mereka agar keluar lebih awal jika tidak mahu kejadian bazir makanan berlaku lagi.
Kredit: TikTok fris.fuz
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
