Jual Grafik Beyblade Guna Kertas A4 Saja, Income Adik Ini Cecah RM700 Sebulan!

Jika dulu masa di sekolah pasti ada rakan yang jual sticker, ataupun makanan seperti kacang dan jajan. Tapi gara-gara penangan viral Beyblade dalam kalangan kanak-kanak masa kini telah mencetus idea bagi seorang budak lelaki berusia 8 tahun ini untuk menjana duit sendiri menerusi jualan design permainan itu kepada rakan sebayanya. Siapa kata mereka hanya menghadap video kartun di YouTube atau bermain permainan online sahaja?

BACA: Hasil Video Gempak Pemuda Ini Dapat Perhatian Zach King, Siap Ajak Jumpa Lagi!

Dia design & print sendiri…mak cuma ajar photoshop saja

Baru-baru ini seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @M_Naqi_ ini ada berkongsikan mengenai aktiviti anak saudaranya yang sedang rancak menyunting beberapa foto Beyblade menerusi Adobe Photoshop sewaktu melawat di kediamannya. Tambahnya, idea ini memang dicetuskan oleh budak lelaki ini sendiri manakala ibunya hanya ajar untuk menggunakan software itu sahaja.

Design kecil RM3.00, design besar RM6.00 sekeping

Terbaik dik…dia nampak pasaran di sekolah & demand dari peminat Beyblade

Menurut Naqi lagi, hasil keuntungan yang diperoleh oleh si cilik ini mencecah sehingga RM500 hingga RM700 setiap bulan. Malahan sejak memulakan perniagaan ini, dia sudah mempunyai simpanan wang lebih RM3 ribu termasuklah dengan duit raya tempoh hari. Rata-rata netizen di laman Twitter turut memuji budak darjah 2 ini kerana selain handal menggunakan software yang rumit tersebut, selain mempunyai minat mendalam dalam dunia keusahawanan.

Sumber: Twitter M_Naqi_

Apa Komen Anda?