Kejelitaan wajah seseorang boleh menyebabkan sesiapa sahaja terpikat hati pada pandangan yang pertama. Tidak mustahil bagi seorang lelaki untuk terus melamar perempuan dengan nilai wang hantaran yang sangat tinggi setelah bertemu beberapa kali.
BACA:Â [VIDEO] Hantaran RM400K, Majlis Kahwin Suku Suluk Di Sabah Buat Ramai Ternganga
Beri hantaran emas, satu petak sawah padi dan showroom kereta
Tular dinegara jiran, seorang jejaka Sulawesi Selatan, Indonesia melamar gadis jelita dari Maros dengan nilai hantaran yang sangat tinggi setelah berjumpa sebanyak dua kali. Mana taknya, individu itu yang bernama Andi Besse Qurrata Ayyun dilamar dengan wang sebanyak RM90564, emas, satu petak sawah beserta showroom kereta.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Proses lamaran awalnya dirahsiakan namun viral di media sosial
Menurut ibu dan bapa Dical Afandi, proses lamaran itu dilakukan secara rahsia kerana kedua-dua pasangan pengantin tersebut masih meneruskan pembelajaran mereka. Namun, ia malah menjadi tular di media sosial dek kerana barang hantaran mewah berkenaan dibawa ke rumah pihak perempuan. Manakala acara pemberian hantaran lain pula akan diberi secara peribadi.
Hadiah dari mertua
Dalam pada itu, segala kos pembelajaran kedua belah pihak akan ditanggung sepenuhnya sehingga menamatkan zaman mahasiswa mereka. Andi ialah pelajar semester 4 di Universiti Negeri Makassar manakala calon isterinya merupakan mahasiswi di Universiti Hasanuddin (Unhas).
Tidak bercinta namun terus terpikat dihati
Seterusnya, kedua-dua belah pihak baik lelaki dan perempuan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan mereka pada 17 September yang akan datang. Penyatuan dua jiwa itu akan berlangsung di Pattene Maros, Indonesia.

Kredit: detiksulsel
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura