Kahwin Dah 16 Tahun, Amyza Terkejut Suami Masih Simpan Foto ‘Cun’ Dalam Wallet!

Zaman sekarang ini, agak sukar sebenarnya untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga apabila terdapat banyak kisah mengenai kisah selingkuh atau yang sanggup bermain kayu tiga. Pantang saja nampak suami atau isteri bermain telefon lama sikit, mulalah curiga dengan bermacam perkara. Hakikatnya, setiap suami isteri perlu menitikberatkan soal kepercayaan dalam mahligai perkahwinan agar kekal hingga ke akhir hayat seperti perkongsian oleh pelakon Amyza Aznan ini. 

BACA: [VIDEO] Suara ‘Sebijik’ Saleem Iklim, Pemuda Ini Tak Sangka Dilamar Jadi Artis!

Tak sangka dalam wallet dia ada gambar perempuan ni!

Menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya, pelakon drama ‘Isteriku Mem Besar’ amat tersentuh apabila mendapat tahu bahawa suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, masih lagi menyimpan beberapa keping foto lamanya di dalam dompet. Hal ini kerana dia tidak pernah langsung menyelongkar barang peribadi milik suaminya itu biarpun usia perkahwinan mereka sudah masuk usia 16 tahun.

Kepada suami/isteri yang ada skandal jangan buat hal…kot ada rahsia tu baik hapuskan

Cantik gambar akak masa muda remaja…siapa tak sayang bini kan

Selain itu, dia turut memberikan pesanan buat setiap orang yang sudah berkahwin di luar sana agar jangan sesekali berani simpan skandal hubungan tanpa pengetahuan partner masing-masing kerana kelak buruk padahnya nanti. Dalam pada itu, posting ini ternyata mendapat banyak reaksi positif dalam kalangan pengikut aktres ini. Rata-rata mereka memuji sikap yang ditonjolkan oleh suaminya selain memuji Amyza Aznan sebagai seorang wanita yang masih awet muda sejak awal penampilannya dalam industri hiburan tanah air.

Sumber: IG amyzaaznankaaia

Apa Komen Anda?