“Kahwin Nanti Duit Suami Jadi Duit Isteri Juga, Kenapa Perlu Ada Hantaran?”

Setiap orang mengimpikan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dengan sebuah perkahwinan kan? Mana taknya, kalau lama sangat bercinta pun tak elok. Perkara yang baik pula tidak bagus dilambat-lambatkan. Namun sudah menjadi permasalahan dalam merealisasikan impian tersebut di dunia zaman kini apabila nilai hantaran yang terlalu mahal ditetapkan oleh pihak wanita ataupun keluarga mereka.

BACA: “Macam I Ada Degree..” – Wanita Ini Dikecam Sebab Demand Sangat Hantaran?

Gambar sekadar hiasan

Kahwin nanti duit suami duit isteri juga…mengapa perlu ada hantaran?

Itulah yang diluahkan oleh seorang pengguna akaun Twitter baru-baru ini. Dia mempertikai keperluan untuk membayar sejumlah wang sebagai hantaran kerana selepas mendirikan rumah tangga nanti sudah tentulah para suami yang akan menanggung kebajikan isteri dan keluarganya. Malaan perkara itu juga bukan wajib dalam agama untuk melangsungkan pernikahan.

Gambar sekadar hiasan

Baru kerja dah minta hantaran RM15K – 25K…mana nak dapat duit?

Selain itu, dia turut berkongsi dilema yang selalu dihadapi oleh para lelaki di luar sana dalam mengumpul wang untuk dijadikan hantaran tersebut. Jika tidak memenuhi permintaan tersebut, bimbang bunga yang diidamkan mungkin disambar oleh kumbang lain pula.

Gambar sekadar hiasan

Kalau betul sayang tolonglah lelaki…simpan duit sama-sama

Jelasnya lagi, perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua pihak saling bekerjasama dan memahami situasi hidup masing-masing. Jika hanya salah seorang sahaja yang berk0rban mengumpul wang, memang akan mengambil masa yang lama untuk mencapai nilai hantaran yang disasarkan. Dalam pada itu, dia turut menasihati para lelaki di luar sana agar jangan membuat pinjaman bank semata-mata untuk dilaburkan dalam majlis perkahwinan. Akibatnya, gaji yang diperoleh tidak mampu menampung keperluan rumah tangga kerana terpaksa membayar hutang kahwin.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter

Apa Komen Anda?