“Kain Sendat, Baju Tak Muat!” – Suami Isteri Berang Dianiaya Pengusaha Butik

Kurang seminggu lagi menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang sudah pun membeli atau mendapatkan tempahan busana yang bakal dipakai pada hari lebaran tersebut. Namun begitu, harapan sebuah keluarga untuk melaram dengan pakaian baru tidak kesampaian apabila mereka kini hanya mampu berputih mata dengan hasil servis yang ‘tidak ikhlas’ diberikan oleh sebuah pengusaha butik di Klang, Selangor. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang isteri di laman Facebook miliknya 2 hari yang lalu.

BACA: Jangan Marah Isteri Bila Nak Beli Baju Raya – Ustaz Ebit Lew

Kelakar oii…Macam mana dia ukur, tahap nak kena pelempang!

Kain sendat..

Seluar suami senteng…

Menerusi temubual bersama sebuah portal hiburan pula, Mohd Shafiq Mohd Sani mendedahkan perkara selanjutnya tentang hasil tenunan baju raya yang telah ditempah oleh keluarganya sejak 5 bulan yang lalu.

Baju kurung & Melayu semua tak muat & rosak… 

Nak masuk kepala anak pun tak muat!

Meskipun belum membayar kos penuh tempahan baju raya tersebut, namun keluarga Syafiq terpaksa menanggung kerugian sekitar RM600 akibat jasil jahitan yang sedemikian. Malah, dia sendiri enggan untuk membayar baki kos pembuatan baju tersebut.

Ketuk pintu butik tapi tak mau buka…saya jerit & akhirnya pekerja serahkan baju tersebut 

Akur dengan kejadian malang tersebut, mereka terpaksa membeli baju raya lain pada hujung minggu nanti dan sudah serik untuk membuat sebarang tempahan selepas ini. Ini merupakan kali pertama keluarganya berurusan dengan pengusaha butik tersebut atas cadangan kenalan selepas tukang jahit yang lain sudah penuh dengan tempahan masing-masing.

Tengok butik elok, memang yakin lah…tapi tak sangka jadi macam ni

Sumber: FB Ieda Shafiq & mStar

Apa Komen Anda?