Kesihatan Isu Semasa

Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia

Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia

Sejak bulan lepas, kluster jangkitan COVID-19 semakin banyak terbentuk dan kelihatan lebih pantas merebak terutamanya di Kedah. Baru-baru ini, pihak kesihatan telah mengesahkan kehadiran mutasi D614G daripada 2 kluster iaitu Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Bukit Tiram.


BACA: Cepat Merebak, Kluster Sivagangga Ada Kaitan ‘Super Spreader’ Mesir & Pakistan?

4 individu daripada 2 kluster disahkan mempunyai mutasi D614G

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa keputusan mutasi berkenaan telah diterima daripada makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Hasil daripada tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas, kedua-dua kluster berkenaan dilaporkan dalam keadaan masih terkawal.


Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia

Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia
Gambar Sekadar Hiasan

10 kali ganda pantas merebak, vaksin yang dikaji tak berkesan terhadap D614G

Meskipun begitu, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati. Hal ini kerana wabak COVID-19 dengan mutasi terbabit menyebabkan ia 10 kali ganda lebih pantas untuk merebak terutamanya jika individu tersebut merupakan ‘super spreader’. Selain itu, kajian vaksin yang dilaksanakan oleh saintis sekitar Julai lalu pula mungkin tidak dapat berkesan terhadap mutasi D614G berkenaan.


Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia

Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia
Kredit Foto: Public Health Malaysia

Kekal berdisiplin dan patuhi SOP yang telah ditetapkan

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berdidiplin serta mematuhi segala standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, beliau turut memaklumkan bahawa wabak ini masih lagi terkawal dan pihak berwajib sedang bekerjasama untuk membendung penularan COVID-19.

Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia

Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hati-Hati, Virus Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Sah Dikesan Wujud Di Malaysia

Facebook

Telegram