“Kak Dekat Mana?” – Ibu Rintih Anak Pulang, Bimbang Lari Rumah Ikut Boyfriend

Tidak dapat dibayangkan apa yang bermain dalam fikiran anak muda pada zaman sekarang ini hingga sanggup lari dari rumah masing-masing, Wal hal ibu bapa dan ahli keluarga yang telah bersusah payah dalam membesarkan serta menjaga pakai minum mereka sejak lahir lagi. Akan tetapi jika dinilai semula, seseorang individu tersebut mungkin juga tidak sanggup untuk melakukannya tanpa sebarang tujuan atau sebab tertentu daripada pihaknya.

BACA: [VIDEO] Suasana Santai Tiba-Tiba Bertukar Cemas Bila Rumah Dimasuki Perompak

Siapa nampak anak saya tolong beritahu..

Advertisement

Baru-baru ini, kecoh pula berita mengenai kehilangan seorang remaja perempuan sejak Sabtu lepas. Difahamkan, gadis yang dikenali sebagai Norhakinah Aini itu disedari hilang oleh ibunya selepas bangun sekitar jam 7 pagi di rumahnya yang bertempat di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor. Kata Puan Norhashima, anaknya berkemungkinan mengikut teman lelakinya kerana dia juga pernah bertindak keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa sebelum ini.

Advertisement

Balik lah Kak…semua risau Kak kat mana

Advertisement

Meskipun laporan polis telah dibuat sehari selepas kehilangannya, namun pelajar tingkatan 4 ini masih lagi belum ditemukan. Ujarnya, seluruh ahli keluarga gadis tersebut bimbang mengenai keselamatannya dan berharap agar dia dapat pulang ke rumah dalam kadar segera. Disebabkan itu juga, Puan Norhashima nekad menggunakan kuasa viral pula demi mengesan keberadaan kedua-dua remaja ini dan sebarang pihak yang mempunyai maklumat boleh hubungi nombor tertera.

Semoga dapat kembali ke pangkuan keluarga…kesian mak ayah kat rumah dik

Advertisement

Setakat ini, posting tersebut telah dikongsi lebih 2, 500 kali di laman Facebook dan dihujani pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Selain mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan, rata-rata mereka turut mengambil pengajaran daripada insiden berikut agar sentiasa memantau kehidupan anak masing-masing.

Advertisement

Sumber: FB Norhashima Norhashima

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?