Artis Family Inspirasi

Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Sejak kebelakangan ini, netizen sering diperlihatkan dengan ‘trend’ selebriti tempatan yang enggan mendedahkan wajah anak. Namun, mereka masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri dan hanya ingin mendedahkan bila tiba waktunya. Malah, ia juga buatkan ramai peminat mula tidak sabar sehingga sanggup menunggu untuk melihat si comel.


BACA: Nabil Tutup Muka Patung Gurau Bilal Tak Sedia Dedah Wajah, Lofa Ketuk Guna Mic

Saya rimas dan tak faham kenapa tak muat naik gambar anak lepas bersalin

Bagaimanapun, perkara itu turut mendapat perhatian usahawan Liana Rosli apabila mula berasa rimas dengan habit tersebut. Menerusi portal mStar, Kak KM akui tertanya-tanya mengapa mereka boleh berkongsi moment selepas bersalin namun tidak menunjukkan wajah sebenar. Malah, ada juga selebriti yang hanya menayang gambar kaki atau tangan sehingga mencetuskan persoalan ramai.

Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Jika tempoh hamil boleh share, kenapa masa bersalin tak boleh?

Selain itu, dia juga berasa pelik kerana mereka boleh update perkembangan semasa hamil dan tidak selepas bersalin. Katanya, kelahiran seorang bayi adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Jadi, tidak menjadi masalah untuk reveal kerana menganggap ia adalah salah satu cara kita menzahirkan rasa syukur dengan rezeki berkenaan.


Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Ramai tak mahu kongsi sebab takut kena perbuatan santau, kenapa ada perasaan begitu?

Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata berkenaan sempat menasihati agar mereka tidak terlalu memikirkan perkara yang negatif. Hal itu selepas dia akui rata-rata artis seperti cukup risau jika anak terkena perbuatan jahat. Jelasnya, tidak perlu berasa takut jika tak melakukan apa-apa kesalahan asalkan niat kita baik untuk berkongsi berita gembira.


Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena SantauKak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Kredit: Mstar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kak KM Rimas Trend Sorok Wajah Anak, Pelik Bila Ada Kata Takut Kena Santau

Facebook

Telegram