Kata orang tua-tua, ada tujuh individu yang memiliki wajah seiras atau sama dengan kita di dunia ini. Namun sejauh mana kebenarannya, tiada siapa yang tahu. Di Twitter misalnya, seorang gadis ini mencuri perhatian ramai apabila wajahnya disamakan dengan selebriti dan usahawa terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.
BACA : Ali Gatie Kongsi Nombor Telefon, Neelofa ‘Ajak’ Masuk Group WhatsApp Keluarga?
Ingat Neelofa, rupanya Lofa celup..
Semuanya tercetus apabila seorang pengguna Twitter bernama Mimi memuat naik sebuah klip video memaparkan wajah kakaknya iaitu Afina Balqis yang dikatakan persis selebriti popular berkenaan. Manakala menerusi paparan mesej yang diterimanya menerusi Direct Message (DM), rata-rata mereka turut mengakui akan hal itu. Malah, dia sekadar menerima pujian tersebut dengan hati terbuka memandangkan setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
kalau @Neelofa notice ni mesti akak aku happy pic.twitter.com/Px0yuKaYRG
— astilbe (@mimishrl) June 5, 2020
Kakak awak lagi cantik tau..
Namun siapa sangka, dengan kuasa viral akhirnya klip video tersebut mendapat perhatian tuan empunya badan sebelum dikongsi semula oleh Neelofa di laman Twitternya. Lebih mengujakan apabila dia turut memberi respon dengan memuji kecantikan gadis berkenaan. Berikutan itu, Afina mengakui terharu dengan respons yang diterimanya.
Plot twist : dia sebenarnya adik Neelofa
Susulan tertularnya klip video tersebut, majoriti netizen mengakui persamaa wajah gadis berkenaan dan memuji kecantikannya. Tidak kurang juga yang sempat berseloroh mengatakan plot twist bahawa dia sebenarnya adik kepada Neelofa. Sehingga kini, posting tersebut berjaya meraih lebih 200 ribu tontonan daripada netizen setakat ini.
Sumber : Twitter mimishrl, neelofa
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
