Viral

“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

Beberapa hari lalu kecoh dengan pemergian seorang gadis berusia 19 tahun yang telah diapa-apakan dengan di pergelangan tangan. Kejadian berlaku di Hulu Terengganu itu nyata mengejutkan ramai pihak, susulan penangkapan suspek semalam yang juga rakan baiknya.


BACA: [VIDEO] Gadis 16 Tahun Tak Sangka Dah Merasa Jadi Ibu-Amik SPM Kena Jaga Anak

Sifatkan kakak seorang yang sangat bertanggungjawab, terasa seperti satu mimpi

Allahyarhamah Siti Nur Surya disifatkan si adik Siti Nurliyana Syuhada, sebagai seorang kakak dan juga anak yang baik serta bertanggungjawab kepada terhadap kedua orang tuanya. Malah pemergian anak kedua daripada 3 beradik itu masih terasa seperti satu mimpi dan memberi kesan yang amat dalam buat mereka sekeluarga.

“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

Nurliyana orang yang pertama jumpa Allahyarhamah kakaknya

Ketika tragedi itu berlaku, Nurliyana adalah orang yang pertama menjumpai kakaknya terbaring di ruang tamu rumah mereka dalam keadaan tidak bernyawa. Dek kerana merasa takut, dia lantas keluar daripada kediaman itu dan terus menelefon si ayah yang sedang bekerja.


“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

Tak sambung belajar sebab nak jaga mak yang tak sihat

Menerusi portal Harian Metro, ayahnya Ismail Muda (58) pula menyifatkan Siti Nur Surya sangat menyayangi ibunya Zaini Musa (55). Malah remaja berkenaan sanggup mengambil keputusan untuk tidak sambung belajar selepas tamat tingkatan lima bagi menjaga wanita itu yang terbaring kerana masalah kesihatan. Jelasnya lagi, gadis tersebut sepatutnya mendaftar pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABM) Hulu Terengganu.


“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu
Kredit Foto: Harian Metro

 

“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu
Kredit Foto: Harian Metro

Sumber: Facebook Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Kakak Seorang Anak Yang Sangat Baik” – Rela Tak Sambung Belajar Nak Jaga Ibu

Facebook

Telegram