Siapa dapat menyangka, percutian ke Pulau Jerejak rupanya telah jadi kenangan terakhir bagi sekumpulan gadis yang keracunan gas karbon monoksida sempena cuti Hari Malaysia lalu. Susulan insiden di kawasan parkir stesen minyak di Sama Gagah, Lebuhraya PLUS tersebut, satu-satunya individu yang terselamat iaitu Nor Aqilah Mohd Safwan telah diberikan rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di pusat perubatan Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
BACA: [VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak
Adik, hang kuat kan? Kami semua takut nak tidur, tinggal & silent phone
Pelajar dari sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves tersebut dilaporkan semakin stabil, namun dia masih dirawat dan dipantau rapi oleh para doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dalam pada itu, ahli keluarganya nyata tak putus-putus berdoa agar Aqilah lekas pulih. Menerusi laman Twitter, adik-beradiknya malah turut meluahkan bahawa mereka takut untuk tidur atau tinggalkan telefon bimbit masing-masing susulan terkesan dengan tragedi yang menyayat hati tersebut.
kami semua takut nak tidur, takut nak tinggal phone, takut nak silent phone 😔 cepat baik tau adik, jangan buat kami risau dah. https://t.co/srcU6JqEqV
— ✨ (@nurhusnazbd) September 20, 2020
Allah sayang sebab tu ambil Adilah dulu…rehat la mama cakap hang penat sebab terlalu workaholic
Ucapan sayu turut dititipkan kepada kembarnya iaitu Nor Adilah Mohd Safwan yang telah dijemput Ilahi selepas menerima rawatan di pusat perubatan Angkatan Tentera Lumut, Perak 17 September lalu. Walaupun rasa rindu tak berpenghujung, Allahyarhamah Adilah dianggap sebagai anak yang sangat banyak berbakti kepada keluarga terutamanya selepas berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Assalamualaikum kakak @itsnradel, aku dah rindu. aku tak kuat, tapi aku redha, Allah sayang hang sebab tu Allah ambik hang dulu. Lepas ni dah takda semangat nak matchy² baju raya. nak plan pi sana sini. takda dah nak lepak dengan aku. pic.twitter.com/wdI7CTcooC
— ✨ (@nurhusnazbd) September 20, 2020
rehat la tau, mama hang cakap, hang penat sangat sebab terlalu workaholic. alhamdulillah, hang sempat majukan bussiness. Allah bagi rezeki berlimpah limpah lately. inshaAllah syurga tempat hang, banyak sangat bantu family.
— ✨ (@nurhusnazbd) September 20, 2020
Sumber: Twitter aishielola & nurhusnazbd
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura