Hati ibu bapa mana yang tidak sedih bila melihat kegagalan rumahtangga anak sendiri? Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak mereka, itulah yang dapat digambarkan dengan apa yang dirasai kedua-dua ibu bapa Bella Astillah. Semalam, dia dan Aliff Aziz telah sah bercer4i dengan talak 1 selepas pelbagai kontroversi yang melanda rumahtangga mereka.
BACA: Lepas Ibu Backup, Ramai Naik Menyampah Bila Bapa Pula ‘Pejam Mata’ Sikap Aliff!
Antara orang yang turut terkesan dengan perkara itu pastilah ahli keluarga Bella sendiri. Melalui laman media sosial milik bapa Bella, dia telah meluahkan perasaannya dan memberi pesanan syahdu buat anak sulungnya itu.
Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja
Kakak masih ada kelurga yang selalu di belakang kakak
Yang peting jaga Ayden dan besarkan dengan baik
Tanpa perasaan marah dan menyimpan dend4m, bapa Bella menerima takdir ini dengan hati terbuka. Malah dia juga masih melayan bekas menantunya itu dengan baik ketika mereka di luar bilik mahkamah selepas perbicaraan semalam.
Moment Aliff Aziz melepaskan anaknya
Hal itu membuatkan ramai memuji sikap baik bapa Bella yang setia berada di belakang Bella di saat kejatuhan anaknya.
Benarlah.. ayah satu2nya lelaki yg tidak menyakiti anak perempuannya
You raised your daughter well sir!
Suka tengok cara pakcik. BerpeIukan dgn Aliff
Bagusnya ayah Bella.. sikit pun tak dend4m
Selain itu, adik kepada Bella, Didi Astillah turut memberikan sokongannya terhadap wanita itu.
Kaklong tenang hadapi dugaan ni mungkin sebab kaklong ikhlas
Sumber: IG myhmrap, didiastillah, agastillah
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
