“Kaki Palsu Bukan Alasan..” – Posmen Kudung Kaki Bangkit Semula Lepas Musibah

Setiap manusia tak terkecuali untuk menghadapi ujian sepanjang hidup di dunia ini. Walaubagaimanapun, itu bukanlah menjadi penghalang atau alasan untuk berputus asa serta mensia-siakan peluang nikmat nyawa berharga yang Allah masih berikan. Begitulah semangat ditonjolkan oleh seorang posmen iaitu Mohd Khairul Zamry Bin Zulkefly yang mungkin boleh dijadikan inspirasi buat semua. 

BACA: Didakwa Main Tik Tok Sampai Lambat Barang Pos Tiba, Lelaki Dedah Cerita Sebenar

Advertisement

Tragedi menyebabkan kaki terputus 

Menerusi posting di laman Facebook Friends Of Posmen baru-baru ini, kisah individu hebat ini diceritakan secara terperinci. Akibat suatu musibah jalan raya, dia yang setakat ini berkhidmat dengan Pos Malaysia selama 16 tahun telah kehilangan sebelah kakinya. Sebelum ini, dikatakan bahawa lelaki ini aktif bermain bola sepak dengan Kuala Lumpur Pos Malaysia FC. Lebih menyedihkan lagi, tragedi malang itu berlaku sehari sebelum sebuah perlawanan penting yang disertai oleh pasukannya. 

Advertisement

Cuti 9 bulan dan bangkit

Advertisement

Pada mulanya, pemuda berusia 34 tahun ini berasa trauma. Namun berkat sokongan rakan-rakan buat Khairul terutamanya individu yang bernama Shafik yang turut mengalami nasib sama sepertinya telah menguatkannya untuk teruskan kehidupan seperti biasa. Walaupun memakai kaki palsu, bapa kepada dua orang anak ini kini telah kembali bertugas di bahagian pejabat serta menjadi seorang jurulatih bola sepak. 

Jangan malu dengan kekurangan diri

Advertisement

Tambah Khairul lagi, dia mensyukuri atas segala nikmat yang Allah telah berikan walaupun dirinya mempunyai kekurangan. Dia turut mengatakan bahawa impak tragedi ini membuatkan dirinya bertambah kuat dalam menghadapi dugaan hidup. Di penghujungnya, lelaki ini sempat berpesan agar tidak sesekali berasa rendah diri kerana ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. 

Advertisement

Sumber: Facebook Friends Of Posmen

Apa Komen Anda?