Bila tiba saja musim persekolahan pasti ramai sekali yang akan mengambil kesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat perlancongan seperti muzium, pantai dan juga zoo. Bukan sahaja kanak-kanak yang teruja, bahkan orang dewasa juga tak kurang ingin merasai keseronokan tersebut.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Baru hulurkan tangan baju sudah kena tarik
Baru-baru ini sempat tular menerusi satu video dimuat naik di TikTok, seorang lelaki yang mengunjungi sebuah zoo pada awalnya mahu bergambar bersama seekor orang utan namun malah berlaku kejadian tidak diingini. Perlakuan binatang itu yang tiba-tiba sahaja menarik baju individu tersebut mengejutkan pengunjung yang lain. Umpama ‘meroyan’, haiwan tersebut terus-terusan menarik pemuda berkenaan ke dalam dakapannya.
Tangannya masih menarik ni
Berkali-kali individu berkenaan cuba untuk melepaskan diri, namun cengkaman dari orang utan tersebut semakin kuat. Gara-gara itu, lelaki berkenaan akhirnya dibantu oleh seorang pemuda lain dipercayai rakannya sendiri. Lebih kelakar lagi, haiwan itu seakan-akan tidak mahu melepaskan pegangan tersebut.
Saya sudah terlanjur cinta kepadamu
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh kononnya orang utan tersebut sudah terpikat habis dengan individu itu. Dalam pada itu, ramai yang terhibur melihat gelagat panik lelaki berkenaan berusaha sedaya upaya melepaskan diri.
Kredit: Portal Ohbulan dan Instagram Fakta.Indo
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
