Isu Semasa

Kakitangan Positif COVID-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor

Kakitangan Positif COVID-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor

Sharing is caring!

Gelombang kedua wabak COVID-19 yang semakin ‘mengganas’ penularannya telah menyebabkan kebanyakan negara di dunia mengisytiharkan darurat. Malah kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2020 setelah jumlah penghidap dilihat meningkat mendadak saban hari.

BACA : COVID-19 Masih Tiada Penawar Sampai Sekarang, Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya 


Kakitangan Positif COVID-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor
Gambar sekadar hiasan

 

Semua kakitangan diarah jalani pemeriksaan

Memetik laporan Harian Metro, seorang kakitangan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang bekerja di Plaza Tol Ebor telah disahkan positif COVID-19. Pekerja tersebut yang bertugas sebagai pembantu khidmat pelanggan kini dirawat di salah sebuah pusat perubatan kerajaan. Rentetan itu, pihak PLUS telah mengarahkan kesemua kaitangan yang mempunyai kontak rapat dengan staf terbabit supaya menjalani pemeriksaan kesihatan serta diminta untuk berkuarantin.

Kakitangan Positif COVID-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor
Gambar sekadar hiasan

Plaza Tol Ebor ditutup

Ekoran itu, PLUS juga telah bertindak menutup sementara Plaza Tol Ebor (pintu masuk) yang menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) mulai tengah malam ini bagi tujuan kerja sanitasi dan pembersihan. PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya dari Shah Alam, Batu Tiga dan kawasan sekitar yang ingin menghala ke KLIA menggunakan Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield sepanjang tempoh penutupan tersebut. Selain itu, orang ramai diminta orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi menyokong usaha kerajaan memerangi penularan wabak COVID-19 terutama menerusi penjarakan sosial dan mengelak ke tempat sesak.


Kakitangan Positif COVID-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Harian Metro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kakitangan Positif COVID-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor

Sharing is caring!