Kalau Ayah Tak Ambil Berat Anak Dara, Sampai Masa Lelaki Lain Pula Yang Buat..

Kadang-kala sebagai ibu bapa kita semua tidak akan terlepas daripada merungut tentang sikap kurang baik yang ditonjolkan oleh anak-anak. Meskipun sudah bermacam cara yang kita rasakan terbaik dilakukan untuk cuba ‘menyempurnakan’ mereka, namun tanpa sedari hakikatnya kita lah yang sering melakukan kesilapan dalam mendidik. Malah jika perkara ini berlarutan, tidak mustahil untuk anak-anak khususnya golongan muda remaja memberikan kepercayaan terhadap pihak lain seperti rakan atau teman istimewa pula.

BACA: “Maafkan Suamimu Sayang” – Kisah Bapa Hanya Bawa RM20 Ke Mall Ini Undang Sebak!

Kalau ayah tak ambil berat…lelaki lain akan buat

Realitinya itulah yang sedang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini. Ikuti perkongsian yang pernah dibuat oleh seorang ibu bernama Siti Suryani ini gara-gara risau dengan trend tersebut, khususnya terhadap anak perempuan.

Gambar sekadar hiasan

Banyakkan buat aktiviti & memuji anak perempuan..

Jelasnya, rata-rata ibu bapa sekarang ini dilihat kurang berinteraksi dengan anak-anak walaupun jasad mereka ada di dalam rumah kediaman masing-masing. Malah hubungan bersama anak-anak juga boleh menjadi semakin renggang apabila ibu bapa asyik marah atau memberikan teguran dalam nada yang tidak sepatutnya kepada mereka setiap kali melakukan kesalahan. Untuk mengatasi masalah tersebut, Puan Suryani menyarankan semua parents agar lebih luangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga.

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Siti Suryani Yaakop

Apa Komen Anda?