Inspirasi Viral

“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

Sharing is caring!

Sering kali kita dengar masalah anak-anak muda kini sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Bukan itu sahaja, ada juga yang terpaksa menganggur bertahun lamanya untuk mendapat kerja sesuai dengan kelayakan masing-masing.Meskipun pahit ditelan, itulah cabaran yang perlu dihadapi graduan masa kini. Bagi mereka yang masih tertanya-tanya sama ada mahu sambung belajar atau terus bekerja sebaik tamat persekolahan, pastinya perkongsian daripada pemuda bernama Azwan di laman Twitternya ini membuka mata ramai.

BACA : Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome


Lepas SPM kalau ada peluang tolonglah kerja

Menerusi posting tersebut, Azwan berpendapat bahawa ada bagusnya jika anak-anak muda kini bekerja dahulu bagi merebut peluang yang ada. Turut berkongsi pengalaman, sewaktu melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dia juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan kerja sambilan. Jelas Azwan, ia merupakan salah satu platform terbaik kepada pelajar dalam memanfaatkan masa dengan baik selain mencari pengalaman kehidupan.“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

Apa yang belajar di kelas tu tak sampai 5% dipraktik

Kongsinya lagi, semasa cuti semester pada tahun kedua pengajiannya dia tidak melepaskan peluang untuk melakukan pre-intership. Jelasnya, ia membantu memberi pendedahan kepada bakal graduan sebagai persediaan untuk mereka menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Selain turut mengakui bahawa ia merupakan pengalaman berharga yang tidak diperolehi melalui buku atau kuliah, pengalaman itu turut menjadikannya lebih matang dan bersedia memasuki industri selepas tamat pengajian.


“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

Bayangkan kalau dari lepas SPM kau tak pernah kerja?

Tambah Azwan, pengalaman bekerja sangat penting terutamanya kepada bakal graduan. Hal ini disebabkan terlalu ramai mahasiswa yang ingin merebut peluang malah membuatkan saingan menjadi semakin sengit. Selain daripada sijil, majikan kini lebih memilih pengalaman yang pernah diperolehi oleh seseorang mahasiswa. Tegasnya, apa yang menjadi masalah adalah kebanyakan daripada mereka terus melanjutkan pelajaran sejurus sahaja menamatkan peperiksaan SPM.

“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

“Kalau Berpeluang Tolong Kerja” – Pernah Jadi Guard, Pemuda Kongsi Pengalaman

Sumber : Twitter azwant


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!