“Kalau Kanak-Kanak Datang Beraya, Layan Mereka Baik-Baik..”

Sudah menjadi kebiasaan menjelangnya musim perayaan Aidilfitri, kanak-kanak merupakan golongan yang paling seronok dan meriah tak kira walau di mana mereka berada. Mana taknya, sudahlah tengah bercuti sekolah, wajah suci mereka ini juga masih sah untuk mendapatkan duit raya. Akan tetapi, kadang-kadang gelagat mereka ini tidak disenangi oleh sesetengah tuan rumah kerana hanya hadir semata-mata untuk duit raya sahaja.

BACA: [FOTO] 5 Jam Setia Dakap Tubuh Anak, Kisah Bapa Daif Ini Undang Sebak Ramai!

Gambar sekadar hiasan

Tapi jika dipandang dari sudut positif, ada banyak kebaikan yang diperoleh oleh tuan rumah jika menerima kedatangan mereka waupun sekejap cuma, seperti perkongsian yang dibuat oleh Puan Martinelli Hashim ini.

Meriahnya Aidifitri bila kanak-kanak datang ke rumah… 

Ada bermacam-macam ragam…turut memberikan pujian kepada tuan rumah

Gambar sekadar hiasan

Namun begitu, Puan Martinelli terkedu seketika apabila mendapat tahu tentang keluarga salah seorang daripada kanak-kanak ini apabila ditanya tentang ahli keluarganya.

“Ayah kerja apa dik?” 

Menurut wanita ini lagi, jika ada kanak-kanak datang beraya di rumah perlulah dilayan baik-baik kerana:

1)  Mungkin ada dalam kalangan mereka itu merupakan golongan anak yatim atau orang susah.

2) Apabila dewasa kelak, mereka akan tetap mengingati kebaikan atau kejahatan orang yang pernah disantuni sejak kecil dahulu.

3) Kehadiran mereka sebagai tetamu ke rumah tetap membawa rahmat & boleh membawa keluar dosa kita.

4) Setiap insan yang berkasih sayang terhadap kanak-kanak turut akan mendapat kasih sayang Allah s.w.t.

5) Jika melayan mereka dengan baik, insyaAllah cucu-cicit kita nanti juga akan mendapat layanan yang serupa daripada orang lain.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Martinelli Hashim

Apa Komen Anda?