“Kalau Pergi Kedai Makan, Mohon Jengah Sikit Dapur & Tandas Dia..”

Negara kita sememangnya sangat popular dengan kepelbagaian premis atau restoran makanan. Cakap sahaja nak makan apa, anda pasti tidak akan lapar kerana setiap jam pasti ada sahaja premis yang beroperasi khas buat para pelanggannya. Malah orang luar juga sanggup bertandang ke Malaysia demi merasai juadah yang sangat enak, selain boleh diperoleh dengan harga yang cukup murah. Tapi pernah tak anda terfikir bagaimanakah keadaan tempat kerja atau dapur di sesuatu premis tempat anda makan itu?

BACA: “Muka Pengasuh Tak Pula” – Anzalna Nasir Dedah Muka Pernah Kena ‘Shee Shee’ Anak

Gambar sekadar hiasan

Kalau pergi kedai makan jengah sikit dapur & tandas…tengok kebersihannya

Menerusi perkongsian oleh Doktor Kamarul Ariffin di laman Facebook miliknya, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan sebuah premis sewaktu mengunjunginya beberapa hari lalu. Dia sangat terkejut apabila mendapati keadaan dapur premis berkenaan kerana boleh membuatkan ‘kembang tekak’ melihatnya.

Mangkuk kicap tu entah berapa lama tak cuci…Penapis dah rabak

Air dalam baldi mop keruh…Ais pula dalam bekas yang dah berdaki, berkerak

Pilih restoran jaga kualiti…baru ambil kira sedap ke tak

Gara-gara penemuan yang mengejutkan itu, Doktor Kamarul berharap agar semua pelanggan mengambil berat terhadap aspek kualiti premis atau restoran secara menyeluruh. Dan bukannya bergantung pada kesedapan makanan sahaja. Hal ini kerana perkara itulah yang boleh menyumbang kepada tahap kesihatan orang ketika menjamah makanan. Dalam pada itu, dia turut berpesan agar perkara yang sama turut diamalkan di rumah masing-masing.

Sumber: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

Apa Komen Anda?