“Kalau Sudah Seru, Saya Bertudung Penuh”- Amyra Rosli Jawab Soal Foto Free Hair

Setelah tampil mengenakan hijab dalam rancangan MeleTOP untuk mempromosikan drama terbarunya bersama suami, Amyra Rosli menerima respon yang sangat positif dari peminat-peminatnya. Perubahan tersebut dilihat setelah dia pulang daripada menunaikan umrah bersama keluarga baru-baru ini. Walau bagaimanapun, ada netizen mempersoalkan tentang kelibat foto tidak bertudung yang baru dimuat naik ke laman Instagram beberapa hari lepas. 

BACA: Saya Rasa Bangga- Neelofa Dipuji Bertudung Penuh Hadiri Acara Fesyen Di Milan

Masih muat naik foto tidak bertudung

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon wanita itu telah memberikan penjelasan sendiri. Foto-foto ‘free hair‘ yang telah dimuat naik adalah kerana dia masih terikat dengan kontrak serta komitmen kerja. Bagi Amyra, dia tidak mahu mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya sudah bertudung serta meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik untuknya. 

Kalau sampai seru, saya akan bertudung penuh

Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini juga memohon supaya tidak ada yang keliru dengan isunya sudah bertudung secara penuh ataupun tidak. Wanita itu tidak menolak jika dirinya akan terus bertudung kelak namun buat masa sekarang dia lebih selesa untuk tidak memberikan kata putus. 

Saya tak mimpi apa-apa

Kekeliruan orang ramai mungkin ada kaitan dengan penampilannya yang sering bertudung untuk menjayakan watak dalam dramanya. Dedah aktres ini lagi, keputusannya untuk mengenakan hijab sebenarnya datang secara tiba-tiba. Bercakap tentang kejadian yang berlaku di Makkah, dia memilih untuk menyimpan rapi perkara tersebut.

Sumber: Harian Metro dan Instagram Amyra Rosli

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?