Isu Semasa

“Kami Jerit Ketakutan!”- Lif Terhempas, Bukan Kejadian Pertama Di PPR Kerinchi!

“Kami Jerit Ketakutan!”- Lif Terhempas, Bukan Kejadian Pertama Di PPR Kerinchi!

Sharing is caring!

Lif merupakan kemudahan yang paling penting untuk sesebuah bangunan pangsapuri. Jika ianya tidak diselenggara dengan baik, pastinya boleh mendatangkan pelbagai tragedi yang tidak diingini, namun siapa kita untuk menolak takdirNya. Petang tadi, lif di sebuah pangsapuri milik Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi telah terhempas dan mengakibatkan kecederaan kepada lapan orang penduduk di sana.

BACA: “Syukur Baju Je Masuk, Kalau Kaki Macam Mana?” – Gadis Insaf Tragedi Pagi Raya“Kami Jerit Ketakutan!”- Lif Terhempas, Bukan Kejadian Pertama Di PPR Kerinchi!

8 penduduk terperangkap..
Lantaran itu, seramai 18 orang anggota bomba dari Pasukan Bomba Dan Penyelamat  telah dihantar ke kawasan kejadian. Setibanya pasukan bomba di sana, mereka mendapati lapan orang penduduk telah terperangkap dan kesemuanya mengalami kecedaraan di bahagian kaki.


“Kami Jerit Ketakutan!”- Lif Terhempas, Bukan Kejadian Pertama Di PPR Kerinchi!

“Saya bersyukur sebab sempat pegang panel button lif sewaktu ianya sedang terhempas. Masa tu, keadaan sangat kelam-kabut dan kami yang berada di dalam lif menjerit ketakutan” – Penduduk 

Menurut Ahmad Shahid Imran, 24, sebagai satu-satunya orang yang terselamat, ketika itu mereka sedang menaiki lif sekitar jam 2 petang. Setibanya di tingkat 5, pintu lif secara tidak sengaja terbuka sebelum ianya terus terhempas ke bawah. Mereka semuanya menjerit ketakutan apabila menyedari lif tersebut sebenarnya rosak dan bakal terhempas. 

“Kami Jerit Ketakutan!”- Lif Terhempas, Bukan Kejadian Pertama Di PPR Kerinchi!

Kejadian yang sama pernah berlaku


Tambahnya, selepas lif tersebut terhempas ke bawah dia melihat semua yang berada dalam lif tersebut tidak dapat bangun. Mereka terdiri daripada enam orang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki. Paling menyayat hati adalah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) turut terlibat dalam insiden itu. Kesemua mereka telah dibantu oleh orang ramai sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan susulan. Terdahulu, kejadian yang sama pernah berlaku di pangsapuri berkenaan pada tahun 2018. 

Sumber: FB Harian Metro, Awani & The Reporter News


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!