“Kami Tak Mahu Dilabel Penipu” – Peniaga Viral Dedah Sebab Jual Isi Durian Saja

Gara-gara kejujurannya ketika menjual durian telah menjadi tumpuan ramai peminat raja buah itu. Sejak foto mengenai pemuda ini tular semalam, Mohd Izzuwan Ismail, 30 sekelip mata viral di media sosial meskipun gerainya cuma bertapak di tepi jalan. Menerusi pendedahan kepada portal Harian Metro baru-baru ini, dia mendapat idea untuk berniaga melalui cara tersebut selepas beberapa kali rasa tertipu kerana membeli durian yang hanya cantik dari segi luaran namun isinya tidak bagus.

BACA: Bahana Minum Bubble Tea Segelas, Dah 5 Hari Masih Tersangkut Dalam Usus!

Kalau saya sendiri pun marah…nanti orang menyumpah seranah sebab tak jujur

Tambahnya lagi, dia amat memahami perasaan hampa dan kecewa setiap kali membeli durian yang indah khabar dari rupa sahaja. Demi mengelakkan diri dan ahli keluarga dilabel sebagai tidak jujur di mata kalangan masyarakat, maka dia telah memulakan strategi penjualan durian tanpa kulit ini sejak sebulan yang lalu.

Setiap bekas yang diisi tersebut dijual dengan harga RM25 sekilogram. Harga untuk sebiji durian pula bermula RM8 hingga RM25 sekilogram mengikut jenis. Malah buah yang dijual juga akan dipastikan dalam kualiti yang cukup baik kerana sekiranya dia mendapati ada tanda buruk pada durian tersebut, Izzuwan akan terus membelahnya. Di samping itu, mekanik motosikal ini turut menguruskan perniagaan durian secara online khas buat pembeli yang tidak kesampaian ke singgah ke gerainya.

Kredit Foto: Harian Metro

Sumber: FB Nur Hajar & Harian Metro

Apa Komen Anda?