“Kami Warga Setempat Pun Tak Berani Pergi Gunung, Tempat Nora Anne Hilang Tu..”

Semalam, dunia telah dikejutkan dengan penemuan jasad milik gadis Ireland yang telah hilang iaitu Nora Anne Quoirin. Menurut pihak berkuasa, badan remaja yang berusia 15 tahun tersebut telah ditemui tanpa pakaian di kawasan cerun yang terletak tidak jauh dari air terjun Gunung Berembun, Pantai, Seremban. Difahamkan juga gadis (OKU) masalah pembelajaran itu teruja ketika memaklumkan tentang air terjun tersebut kepada ibunya, Maebh Jaseprin Quoirin sewaktu mereka tiba di sebuah resort untuk percutian selama 2 minggu di sana.

BACA: Wanita Luah Sebak, Kehilangan 3 Ahli Keluarga Serentak Seminggu Selepas Raya

Advertisement

Kami warga Pantai pun tak berani nak pergi Gunung Berembun…ada sejarah misteri

Meskipun post-mortem lanjut sedang dijalankan oleh pihak berwajib, baru-baru ini timbul pula satu pendedahan oleh salah seorang penduduk tempatan mengenai lokasi Nora Anne ditemui itu. Menerusi sebuah status pemilik akaun Twitter bernama @HilmiQimie ini, dia menyatakan bahawa mereka pun sebenarnya tidak berani untuk ke sana kerana ada kisah sebenar di sebalik sejarah misteri gunung tersebut.

Advertisement

Advertisement

Sebalik pemandangan indah…tersimpan rahsia yang telah memakan puluhan nyawa

Mengulas mengenainya, lelaki ini memberitahu bahawa sudah terdapat beberapa kejadian yang telah meragut sejumlah nyawa di sebalik keindahan alam di kawasan tersebut. Antaranya adalah kisah sebuah pesawat malang yang pernah terhempas semasa Perang Dunia Kedua ditemui di sana.

Advertisement

Kredit foto: Utusan

Selain itu, terdapat juga kisah mengenai sepasang couple yang pernah Iemas di kawasan air terjun Gunung Berembun akibat dirempuh ‘kepala air’ pada sekitar April 2011 yang lalu. Dan paling terbaru adalah tragedi yang menimpa seorang pendaki pada September tahun lalu apabila dia dilaporkan sudah menghembuskan nafas terakhir selepas ditemui tidak sedarkan diri di laluan trek Gunung Berembun. 

Advertisement
Kredit foto: mStar

Kredit foto: Astro Awani

Menurut individu ini lagi, rata-rata penduduk serta Orang Asli tidak menggalakkan hikers untuk menjelajah kawasan gunung itu. Dari sudut mistik, mereka percaya bahawa orang luar lebih berpotensi untuk meIanggar pantang-larang perkampungan bunian yang wujud di kawasan terbabit. Dari aspek keselamatan dan geografinya pula, laluan yang melibatkan pendakian di Gunung Berembun dianggap sukar kerana jalan di sana agak licin serta permukaan muka bumi yang menegak. Keadaan muka bumi itu pernah dijelaskan oleh Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia, Muhammad Fazlee Sabarudin kepada portal Astro Awani sebelum ini.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter HilmiQimieAstro AwaniUtusan & mStar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?