Cinta Family Inspirasi Keibubapaan

“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian

“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian

Sharing is caring!

Seperti yang semua sedia maklum, jasa serta pengorbanan ibu dan ayah tidak boleh dijual beli. Mereka sudah pun melakukan yang terbaik untuk memastikan kebajikan anak-anak terjamin. Sebagai anak, berbaktilah kepada mereka berdua sementara peluang itu masih ada. Kadang-kadang manusia mudah lupa bahawa di saat kita semua makin sibuk bekerja dan mendirikan keluarga sendiri, kadang tak sedar mak ayah pun sebenarnya makin tua

BACA: Belum Hilang Ngilu Bersunat Kena Naik Bas, Netizen Sebak Lihat Adik Cekal Ini

Kini yang tinggal hanya kenangan

Terbaharu, seorang pengguna Twitter, @LNH_15 telah berkongsi beberapa keping screenshots mengenai luahan hati ibunya yang membuatkan dia merasa sebak. Berdasarkan status dimuat naik wanita itu, dia memberitahu dulu rumah didiami mereka sekeluarga dipenuhi dengan gelak ketawa dan gurau senda anak-anak. Tambahnya lagi, keadaan rumah juga selalunya di dalam keadaan bersepah. Namun begitu, sekarang yang tinggal hanyalah kenangan.


“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian

“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian
Gambar sekadar hiasan

Semuanya akan menjadi sejarah

Emak kepada pemilik akaun itu juga memberitahu kini rumahnya begitu bersih dan sunyi. Menurutnya, anak-anaknya kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan dia hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya memelihara mereka. Wanita itu turut berpesan supaya hargailah hari yang sedang dijalani sekarang kerana semuanya akan menjadi sejarah. 

“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian

“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian
Gambar sekadar hiasan

Beruntunglah siapa yang masih ada ibu bapa

Pengguna Twitter ini turut memberitahu agar menghargai dan bersyukurlah selagi masih mempunyai mak dan ayah. Dia berpesan supaya jaga nama baik ibu bapa dan jangan sesekali mengguriskan hati mereka. Perkongsian oleh @LNH_15 ini telah membuatkan ramai netizen berasa sebak dan menangis membaca luahan tersebut. Malahan, ada juga yang meluahkan rasa sedih kerana sudah kehilangan orang tua mereka.


“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian “Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian “Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian

Sumber: Twitter LNH_15


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Kamu Semua Ada Dunia Sendiri” – Anak Sudah Dewasa, Ibu Luah Rasa Kesunyian

Sharing is caring!