Viral

Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ memberikan penangan yang sangat hebat walaupun sudah hampir sebulan melabuhkan tirainya. Karya yang sudah merekodkan hampir 12 juta tontonan itu ternyata masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Drama yang diaptasi daripada novel garapan penulis Siti Rosmizah itu membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Syukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah dan ramai lagi.


BACA: [VIDEO] Tak Puas Dalam Drama, Mia Adriana & Mak Leha Bertumbuk Di TikTok Pula

Dah boleh dah depa ni, berbakat luar biasa. Tahniah semua

Terbaru, sekumpulan kanak-kanak yang melakonkan salah satu babak dalam drama tersebut berjaya mencuri perhatian ramai. Video yang telah dikongsikan di laman Instagram pengarah kepada karya berkenaan membuktikan mereka sangat berbakat dan penuh dramatik selain turut menjiwai watak dengan baik.

Sampai pelakon utama, Syukri pun nak resign berlakon

Perkongsian tersebut turut mengundang komen daripada pelakon lelaki utama kisah berkenaan yang telah membawa watak ‘Khuzairi’ iaitu Syukri Yahaya. Malah pelakon itu juga sempat dilihat berseloroh ingin berhenti berlakon selepas menonton video kanak-kanak tersebut.


Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Aku rasa Mak Leha yang patut kejar Mia, ni terbalik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sangat terhibur dengan bakat yang telah ditonjolkan kumpulan ‘pelakon cilik’ itu. Ramai juga yang gelak besar apabila mengenangkan salah seorang pelakon berkenaan dilihat seperti tersilap membawa watak orang lain.


Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Sumber: Instagram Khanmancung

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kanak-Kanak Lakonkan Semula ‘7 Hari Mencintaiku’, Syukri Yahaya Nak Stop Acting

Facebook

Telegram