‘Kantoi’ 4 Bulan Besekedudukan, Wanita Luah Kecewa Sikap Perampas Adik Ipar!

Tidak dinafikan, kehadiran pihak ketiga boleh memberikan tamparan hebat kepada kerukunan dan keharmonian sesebuah keluarga. Gara-gara sifat salah seorang yang tidak jujur terhadap teman hidupnya, maka terhasil lah lain pelbagai situasi negatif seperti menjurus kepada kehancuran rumah tangga. Seperti baru-baru ini, tular perkongsian oleh seorang wanita ini apabila adik iparnya ditangkap bersekedudukan dengan wanita lain.

BACA: “Saya Sayang Awak Tapi Saya Pilih Dia” – Cinta Jarak Jauh Jadi Punca Selingkuh?

Perampas suami adik aku yang tengah mengandung

Menurut si kakak, adiknya yang juga sedang berbadan dua telah mendapat panggilan daripada Jabatan Agama IsIam Selangor (JAIS) yang menyatakan suaminya itu telah diberkas dengan seorang jururawat di dalam sebuah rumah di Cheras. Lebih mengejutkan, perkara itu sudah berlarutan lebih 4 bulan!

Sepatutnya boleh diselamatkan…tapi sebab dia, mereka dah tak bersama lagi

Pemilik akaun bernama Mieda ini turut mendakwa jururawat itu tahu lelaki tersebut sudah berstatuskan suami orang dan bakal menjadi seorang bapa. Dia turut kecewa apabila pihak ketiga ini menjadi penghalang adiknya untuk mendapatkan semula hubungan rumah tangganya, malah melemparkan kata-kata yang bernada provokasi apabila mereka bertemu di dalam kawasan perkarangan JAIS. Walaubagaimanapun, pihak yang tertangkap itu belum membuat sebarang penjelasan tentang isu tersebut dan telah memadamkan semua posting di akaun media sosial miliknya selepas status ini tular sejak semalam.

Sumber: FB Mieda Marsha

Apa Komen Anda?