Kasih Ibu Sampai Tutup Mata, Sempat ‘Campak’ Anak Sebelum Nahas Bertembung Lori

Kasih sayang ibu memang tidak ternilai harganya, sanggup melakukan apa sahaja demi anak yang tercinta. Di Pahang, seorang ibu dilaporkan sempat mencampak anak lelakinya ke tempat duduk belakang lalu disambut oleh anak sulungnya sebelum kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori. Tindakan pantas wanita itu ternyata berjaya menyelamatkan anaknya yang pada asalnya duduk di atas riba bersamanya. 

BACA: Terbabas Gara-Gara Microsleep Ibu Ini Kehilangan 2 Anak Perempuannya

Sekelip mata menjadi yatim piatu

Kejadian yang berlaku jam 5 pagi itu turut mengorbankan suami wanita itu yang juga bapa kepada kanak-kanak terbabit. Dalam kejadian tersebut, dua anak lelaki mereka berada di bahagian penumpang belakang manakala yang bongsu berada di hadapan bersama ibu mereka. Mereka dipercayai berada dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga suaminya di Jempol, Negeri Sembilan dan bertolak dari Pulau Duyung, Terengganu. 

Gambar Sekadar Hiasan

Ibu sempat campak Arfan

Menurut Berita Harian lagi, ketiga-tiga anak mereka dilapor dalam keadaan yang baik meskipun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.  Dalam pada itu, Aryan Rizky (anak sulung) berkata, ibunya sempat mencampakkan Arfan ke tempat duduk belakang sebelum disambut olehnya ketika kereta mereka hilang kawalan. Dia yang sedar semasa kejadian itu berlaku menceritakan situasi terbabit kepada ibu saudaranya.

 

Ketika ditemuramah pengamal media, ahli keluarga lain kepada 3 beranak itu juga tidak mengetahui akan perancangan mereka yang mahu bertolak lebih awal. Berkenaan hak penjagaan pula, difahamkan mereka bakal membuat perbincangan bersama ahli keluarga lain demi memastikan kebajikan anak-anak yatim itu terbela.

Ibu sanggup buat apa saja demi anaknya

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada ketiga beradik tersebut atas kehilangan ibu bapa mereka sekelip mata. Mereka turut kagum dengan kasih sayang si ibu yang sempat bertindak menyelamatkan anaknya di saat genting. 

Sumber: Berita Harian

Apa Komen Anda?