Apabila mempunyai ramai anak kecil dengan jarak umur dekat, ibu bapa pastinya mempunyai kesukaran mengawal pergerakan mereka. Oleh itu, penggunaan anti-lost wrist band boleh dikatakan satu keperluan penting di zaman sekarang tambahan pula jika cahaya mata anda sejenis hiperaktif terutamanya apabila berada di tempat awam.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini


Ammar umur 2 tahun 9 bulan…Sejenis berlari budaknya kalau dilepaskan…Mak cik bawang kata “Kesian kena gari”
Berdasarkan video Puan Ain Puteri Azri, perkongsiannya mengenai penggunaan alatan keselamatan itu seakan-akan memberi kesedaran kepada penjaga di luar sana. Walaupun ada yang memandang sinis bahawa pemasangan tali sedemikian umpama sedang menggari anak sendiri, akan tetapi semuanya dibuat demi memastikan keselamatan sentiasa terjamin.
@ainputeriazri Ammar 2 year 9 bulan sejenis kalau lepas belariiii je budaknya. kadang tak tekejar sbb tu la ibu pakaikan gelang ni.
Hari itu jalan kat luar, Amar terlepas dari pegangan tangan…Terus lari laju sampai lesap dari pandangan
Rupanya sebelum ini, Puan Ain pun tidak menggunakan anti-lost wrist band pada anak-anaknya. Namun tibalah satu hari ketika berjalan di dalam sebuah pusat membeli-belah, si kecil bernama Ammar itu tiba-tiba terlepas daripada pegangan tangan dan menghilang dari pandangan ibu bapanya. Justeru itu dengan penggunaan tali itu, kini pergerakan kanak-kanak berkenaan boleh berada dalam pantauan selamat.
@ainputeriazri Reply to @myrien_
Semua benda tak kena…Nanti kalau menghilang mak juga disalahkan…Macam ni lebih selamat
Menerusi ruangan komen, ramai berharap Puan Ain mengabaikan sahaja mulut mak cik bawang yang memberikan kecaman terhadap caranya mengawal anak. Apa yang paling penting adalah keselamatan anak-anak terjaga daripada menjadi sasaran manusia jahat di luar sana.
Kredit : TikTok ainputeriazri
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
