“Kat Rumah Akak Berhias Tau!” – Isteri Kedua Rahim Dedah Tips Pikat Suami

Apabila seseorang wanita sudah mendirikan rumah tangga, sudah pasti dirinya sentiasa mahu bahagia dengan suami tercinta kan? Walaupun ramai orang berkata seri kecantikkan seseorang isteri itu mudah pudar daripada wanita bujang, namun hakikatnya itu semua bergantung pada usaha diri masing-masing.  Sentiasa tampil cantik dan menawan bak wanita muda, ikuti perkongsian yang pernah dibuat oleh isteri kedua pelawak Rahim Sepahtu iaitu Lily Khay tentang tips menjaga penampilan biarpun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

BACA: Dikatakan Mirip Isteri Ifan Seventeen, Ini Foto Cantik Milik Citra Monica

Niat kena betul baru dapat hasil! Cantik untuk suami itu besar pahalanya

Menurut wanita yang berasal dari Johor ini, dia selalu pernah ditegur oleh suami sekiranya makan dalam kuantiti yang agak banyak serta kurang bersenam. Maka dia menjadikan semua teguran itu sebagai pemangkin motivasi untuk sentiasa tampil cantik dan sihat.

Kat rumah akak berhias tau! Untuk tatapan suami tercinta seorang

Ujarnya lagi, semua perkara yang mahu kita lakukan perlulah bersandarkan niat yang betul. Di samping itu, dia turut mendedahkan bahawa imej berhijabnya sekarang ini tidak sedikit pun mengurangkan keyakinannya. Hal ini kerana semua hiasan dan penampilan ‘istimewa’ itu boleh menjadi tatapan eksklusif Rahim seorang sahaja. Terdahulu, perkahwinan mereka berdua pada mulanya dirahsiakan selama setahun. Namun telah dibongkar oleh para netizen pada hujung tahun 2016.

View this post on Instagram

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita wahai Suami ku Tercinta .. @rahimr2 8th February 💞 . . I dont have much words to say, because my action always speaks louder than my words how you are my everything . My priority. My heart & soul . My life only to serve you to make you feel complete . All of my sacrificed is a proof how am i feel Honoured to be your loving wife in this dunya My only focus is to be isteri solehah of yours . Kerana bahagia itu dari Allah swt… Kerana sesungguhnya perhiasan dunia yang paling indah boleh dimiliki sbg harta yg paling membanggakan seorang suami itu ialah seorang isteri solehah ..dan kerana sesungguhnya akhlak seorang isteri itu cerminan kebijaksanaan suaminya sbg seorang pembimbing . Dan abg membuktikan pada dunia betapa terjaganya syg dalam didikan abg Tq for become my soul saviour, my Jannah guidance, menunjukkan syg jalan yg benar ke Syurga Allah swt sbg seorang isteri. Bahagia yg Allah swt beri hasil cinta kita sememangnya byk mengubah syg menjadi insan yang lebih baik Subhanallah.. semoga kita bersama di dunia dan di syurga Allah kelak .. Ameen Yours Isteri kecilmu – Sayang . #lilyrahimlovestory #lilyrahim #subhanallah #8thfeb

A post shared by MD at LILY KHAY BEAUTY ACADEMY (@lilykhay) on

Sumber: IG lilykhay & Astro Gempak

Apa Komen Anda?