Viral

“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami

“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami

Sharing is caring!

Anak merupakan penyeri dalam sesebuah rumah tangga, namun tidak semua suami isteri dapat merasai rezeki berkenaan sejurus mendirikan mahligai bersama. Cepat atau lambat, semuanya terjadi dengan izin dan ketentuan-Nya. Soalan tentang anak adalah satu isu yang sangat sensitif, terutamanya bagi mereka yang sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan zuriat. Tidak ketinggalan, instafamous  bernama Atierah Zulfatie Zulkifli turut menghadapi dilema sama.

BACA :¬†Habis Bius Terus Kena Rengat, Instafamous Dedah ‘Azab’ Berpantang Lepas Czer


Instafamous lain semua dapat anak, kau bila?

Mendirikan rumah tangga sekitar Mac tahun lalu, wanita ini kelihatan bahagia meneruskan hidup bersama suami tercinta Apit Johari. Lepas lebih setahun bersama, namun ada pula mulut-mulut yang mula mengata memandangkan mereka belum menimang sebarang zuriat.¬† Perkara ini dikongsi sendiri oleh Beby Tora dengan memuat naik satu paparan ‘soalan sentap’ berkenaan yang dikirim menerusi DM IG milikinya.

“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami

“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami

Kalau ajal mai sebelum minta maaf kat orang macam mana?

Tidak sekadar mengutuk penampilannya, individu terbabit turut mengahamburkan kata-kata kasar tentang soal rezeki cahaya mata suami isteri ini. Menurut Beby Tora, dia berasa sedih dengan hakikat bahawa dirinya masih belum berpeluang merasai pengalaman mengandung. Namun lebih terkilan apabila terdapat segelintir pihak tergamak bertindak sedemikian.


“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami

“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami

Kalau takde benda nak cakap, lebih baik diam..

Enggan melayan kata-kata negatif yang dilemparkan, Beby Tora turut menyekat pengikut tersebut selepas kecewa dengan sikap ‘mak cik bawang’. Malah dia juga sempat memberi teguran pedas dengan tujuan memberi pengajaran. Tidak hanya berdiam diri, Apit kemudian tampil menenangkan keadaan dan meminta isterinya mengabaikan mesej-mesej negatif sebegitu.

“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami


“Kau Bila Nak Timang Anak Macam Orang Lain?” – Ini Respon Win Beby Tora & Suami

Sumber : Instagram beby_toratora, apit_johari

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!