“Kau Pun Ada..” – Fad Bocey Tiba Di Tanah Air, Disambut Dengan Baju Abam

Pemergian Allahyarham Abam Bocey kerana demam panas telah mengejutkan orang ramai baru-baru ini terutamanya sahabat-sahabat baiknya iaitu Fad dan Achey. Ramai merasa sedih melihat keadaan anggota kumpulan Bocey tersebut yang kini hanya tinggal berdua sahaja. Lebih menyayat hati lagi, Fad yang berada di Jepun ketika itu tidak dapat melihat Allahyarham untuk kali terakhir.

BACA: “Tolong Kebumikan Aku Tau?” – Gurauan Jadi Realiti, Achey Tunaikan Hasrat Abam

Disambut & didakap oleh Achey

Berdasarkan posting yang dikongsikan Fad Bocey, dia telah pun tiba di tanah air tengah malam tadi dan disambut oleh Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beberapa keping gambar itu memaparkan dia mendakap erat sahabatnya yang menunggunya di sana. Menurutnya, dia terbayang akan kehadiran Abam di dalam dakapan tersebut.

Baju peninggalan Allahyarham

Fad yang kelihatan sebak itu turut memegang sehelai baju milik Allahyarham Abam. Baju tersebut dibawa ke sana setelah Fad tidak dapat menatap sahabat baiknya itu untuk kali yang terakhir. Malahan, mereka turut bergambar bersama dengan peninggalan Allahyarham itu.

Advertisement

Kita pun sayang Abam

Perkongsian Fad di Instagram miliknya itu telah mencetuskan rasa sebak di kalangan netizen. Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepada anggota kumpulan Bocey tersebut. Ada juga yang memberitahu bahawa mereka faham perasaan apabila kehilangan kawan baik.

Sumber: Instagram Fad Bocey

Advertisement

Apa Komen Anda?