“Kau Subahat Sebenarnya Kan?” – Ramai Tak Puas, Ini Sebab Akmal Akif Dibebaskan

Setelah sekian lama turun naik mahkamah, hari ini jelas berpihak kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain apabila seramai 18 daripada 19 orang tertuduh telah diperintah untuk membela diri masing-masing oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keputusan tersebut diputuskan selepas Hakim Datuk Azman Abdullah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie atau bukti yang munasabah di akhir sesi hari ini.

BACA: Keputusan Perbicaraan Zulfarhan Osman Bakal Diumumkan Hujung Bulan Ini

Advertisement

Kau bersubahat jugak sebenarnya kan?

Bagaimanapun, terdapat beberapa suara sumbang yang diluahkan oleh sesetengah netizen kerana tidak berpuas hati dengan pembebasan salah seorang daripada yang tertuduh iaitu Muhammad Akmal Akif Alias. Selain merasakan bahawa keputusan tersebut tidak wajar, mereka turut menuduh pemuda ini bersubahat dalam kejadian tragis itu.

Advertisement

Kredit foto: Metro

Ekoran salah faham tersebut, Akmal Akif dan juga rakan sebiliknya iaitu Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 23, sebenarnya pernah menghantar 2 surat layang ke sebuah bahagian perkhidmatan kesihatan di sana serta bawah pintu bilik seorang jurulatih demi membantu Allahyarham Zulfarhan. Ujar Aiman Aufa, dia terpanggil untuk membuat laporan selepas pilu melihat rakannya terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dan kulitnya dipenuhi dengan Iuka serius di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada 22 Mei 2017.

Isi surat layang pertama..

Advertisement

Isi surat layang kedua..

Advertisement
Muhammad Aiman Aufa & Muhammad Akmal Akif

Saya nak teruskan pengajian yang tertangguh..

Terdahulu, Muhammad Akmal Akif bersama 18 orang lagi penuntut universiti itu telah didakwa kerana sengaja menyakiti Allahyarham Zulfarhan demi memperoleh pengakuan mencuri sebuah komputer riba. Selaku satu-satunya tertuduh yang telah dibebaskan hari ini, Muhammad Akmal Akif Alias menitipkan rasa syukur atas keputusan itu. Penuntut UPNM berusia 23 tahun itu juga berhasrat untuk menamatkan tempoh pengajiannya yang telah tertangguh gara-gara terlibat dalam perbicaraan ini.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter madhiamadani,  Astro Awani & Harian Metro

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?