Kawan Lelaki ‘Naik Hantu’ Di Tempat Awam, Sampai Berbekas Tangan Gadis Ini..

Lelaki pastinya terkenal dengan sifatnya sebagai pelindung kepada wanita yang bersifat lemah. Biasanya lelaki yang sering ‘naik tangan’ dipanggil sebagai dayus. Hal ini kerana, tindakan itu sama sekali tidak wajar kerana wanita merupakan individu lemah dan tidak patut diperlakukan sedemikian. Hal ini termasuklah golongan ahli keluarga atau isteri sendiri, apalagi sekadar kenalan biasa.

BACA : Gadis Kongsi Pengalaman Hitam, Boyfriend Sering Naik Tangan Sampai Berbekas

Apa yang dirasuknya, sampai sanggup tumbuk di tempat public

Demikianlah pengalaman yang dikongsi oleh seorang gadis di laman Twitternya, mengenai pengalaman hitam dibalun rakan lelakinya. Jelasnya, kejadian berlaku berpunca daripada salah faham antara dirinya dan lelaki tersebut. Awalnya, dia sedang sibuk menyiapkan tugasan namun rakannya itu sering mengganggunya membuatkan dia gagal mengawal emosi dan memarahi lelaki itu. Namun siapa sangka, lelaki yang sepatutnya melindungi seorang wanita sanggup naik tangan sehingga menyakiti dirinya.

Advertisement

Advertisement

Untuk beri pengajaran buat wanita di luar, supaya lebih berhati-hati

Dalam pada itu, dia menjelaskan tujuannya memuat naik posting tersebut adalah sebagai peringatan dan pengajaran buat golongan wanita agar lebih berhati-hati. Selain itu, elakkan diri menilai seseorang itu hanya berdasarkan luarannya semata-mata.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Wanita patut diajar, sebab parents tak pernah didik jadi manusia

Susulan itu, dia kemudiannya membuat laporan di balai polis berdekatan sebagai langkah melindungi dirinya jika perkara tersebut berulang. Malah ujar rakannya itu, tindakan kebanyakkan lelaki di luar sana ‘naik tangan’ adalah bersebab dan bukan sekadar suka-suka. 

Advertisement

Sumber : Twitter pipie_j

Apa Komen Anda?