Kawan Terhempas Pintu Kat Muka, Que Haidar Tak Kisah Kening Anak BercaIar

Biasalah budak-budak tengah membesar lasak sikit. Kalau takde kesan caIar atau Iuka, tak sah!’. Ayat ini sering diluahkan oleh rata-rata ibu bapa dalam menyaksikan anak membesar. Baru-baru ini, anak bongsu pelakon Que Haidar, Cleo telah mengalami satu kejadian di sekolah apabila rakannya tidak sengaja tertutup pintu kelas sehingga terhempas ke wajahnya. Keadaan itu menyebabkan ada sedikit kesan caIar di keningnya.

BACA: “Aku Bukan Tahu Beranak Je” – ShakiIla Khoriri Muak Dihina ‘Gemok’ Lepas Bersalin

Hal itu ada dikongsikan Que Haidar di Instagram miliknya. Namun apa yang membanggakan ramai netizen adalah sikap tolak ansurnya atas kejadian tersebut. 

Kawan kat sekolah tak sengaja tutup pintu 

Takpe, tak sengajakan 😘

Hal ini kerana tidak ramai ibu bapa mampu bertoleransi dalam hal yang melibatkan keceder4an terhadap anak-anak, sama ada yang ringan ataupun berat.

Bangga ada ayah macam ni 

Kalau parents lain confirm dah saman

Bagusnya bapanya tak cepat melatah 

Ada juga yang membandingkan sikapnya itu dengan Fasha Sandha yang suatu ketika dahulu pernah bising kerana kening anak perempuannya terIuka semasa dia mengambil anak-anaknya pulang selepas beberapa hari bersama bekas suami. 

Chill je bapak ni, kena kat Fasha dulu.. dah bising

Que Haidar telah berkahwin dengan Linda Jasmine pada tahun 2009 dan kini memiliki dua anak perempuan berusia 9  dan 7 tahun serta seorang anak tiri berusia 19 tahun. 

Sumber; IG the_haidars

Apa Komen Anda?