Selain menyelami kisah perjuangan menjalani rawatan mendapatkan zuriat iaitu IVF, sebelum ini nama Madammu sangat dikenali sebagai seorang yang rendah diri. Meskipun bergelar usahawan berjaya, namun jarang sekali kita melihat dia menunjukkan harta kekayaan kepada umum seperti yang dilakukan segelintir founder lain. Kali ini, wanita berkenaan sekali lagi tular melalui perbualan santai tentang emas.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Ya, Madam takde gelang emas…Saya tak suka pakai warna kuning
Menjawab satu soalan daripada seorang netizen ketika membuat live TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri akui dirinya tidak mempunyai sebarang gelang emas. Siapa sangka di sebalik sosok seseorang yang bergelar hartawan, dia kurang minat kepada barang kemas jenis tersebut ekoran ia berwarna kekuning-kuningan.
Madammu tak tahulah, rasa diri tak layak pakai emas…Saya lebih suka pakai aksesori
Selain itu, Madammu juga menyifatkan dia umpama merasa tidak layak memakai emas. Jelasnya lagi, dia lebih suka kepada aksesori jenis lain sambil menunjukkan seutas gelang yang tersarung elok di pergelangan tangannya. Sejak dimuat naik semalam, keratan rakaman tersebut telah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen.
@wananoir
Orang kaya memang tak pakai emas tapi aksesori dia seutas je dah RM44,000…Diaorang beli bukan untuk gadai
Menerusi ruangan komen, netizen dilihat memuji sifat humble yang ditunjukkan oleh Madammu tatkala berborak mengenai hal barang kemas wanita. Pun begitu, mata mereka juga tertumpu kepada gelang berlian dipakai usahawan berkenaan yang difahamkan mencecah nilai RM44,000.
Kredit : TikTok wananoir
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
