Kayuh 17 Negara Demi Tunai Haji, Rakyat England Sebak Dapat Jejak Madinah

Ramai yang berkeinginan untuk menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Ibadah haji merupakan kewajipan bagi seluruh umat IsIam. Bermacam-macam usaha akan dilakukan oleh bakal jemaah untuk mencapai impian menjadi tetamu Allah di sana. Samalah seperti video yang tular ini, sekumpulan rakyat England sanggup menunggang basikal dari negara mereka sehinggalah ke Madinah.

BACA : Ditawar Kerajaan Arab Saudi, Wany Hasrita Tetap Tunai Haji Tanpa Ibu Esok

Mengayuh sebanyak 6,500 kilometer

Niat sekumpulan penunggang basikal ini untuk menunaikan haji tercapai selepas berjaya melintasi sebanyak 17 negara dengan membuat kayuhan sejauh 6,500 kilometer dari England ke Madinah. Video mereka yang tular melalui perkongsian menerusi Facebook yang menunjukkan sekumpulan penunggang itu sebak dalam dakapan kerana misi selama 6 minggu berbaloi.

Menyebarkan Islam

Bukan itu sahaja misi mereka. Niat sebenar penunggang-penunggang basikal ini membuat ‘Tour de Hajj’ adalah untuk menyebarkan dan memberitahu bahawa IsIam adalah sebuah kedamaian dan mempunyai sifat bertolerasi kepada setiap negara-negara yang mereka lewati itu.  

Selain daripada niat menyebarkan IsIam itu, menerusi kayuhan ini juga, mereka telah membuat kutipan derma yang akan disalurkan untuk membiayaan terhadap pembinaan sekolah-sekolah, surau dan kemudahan asas yang berada di lima kawasan kampung di Pakistan, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Uganda.

Tujuh orang musIlm England

Rupa-rupaya, Kapten pada sekumpulan penunggang basikal ini juga pernah membawa rombongan seramai tujuh orang musIlm England pergi ke Makkah untuk membantu mereka menunaikan ibadah haji dengan menunggang basikal secara berkumpulan juga. Rombongan mereka pada ketika itu melewati sebanyak enam negara melebihi 3,200 kilometer perjalanan dari England ke Makkah. 

Sumber : Facebook IlmFeed Trave

Apa Komen Anda?