Kebakaran Ragut Jutaan Nyawa Haiwan, Ini Kronologi Bencana Melanda Australia

Ketika ini, bumi Australia telah dilanda bencana kebakaran hutan yang dasyat. Tragedi buruk itu telah memberikan impak yang ketara kepada manusia mahupun haiwan. Isu ini bukan sahaja menjadi perhatian warga negara kanggaru itu sahaja malahan masyarakat tempatan di negara ini. Baru-baru ini, seorang pemuda telah berkongsi thread bencana yang menimpa Australia tersebut. 

BACA: [VIDEO] Haus Sebab Panas, Koala Sanggup Kejar Rider Basikal Demi Seteguk Air

Memusnahkan hutan seluas 6 juta hektar

Advertisement

Menerusi posting oleh saudara Shahmil Hafiz di laman Twitter, dia mengatakan bahawa kebakaran ini telah memusnahkan hutan seluas 6 juta hektar. Hal ini adalah bersamaan dengan luas lebih kurang 4 buah negeri yang terdapat di semenanjung negara Malaysia. Dicatatkan bahawa tahun ini merupakan rekod kebakaran paling teruk yang pernah berlaku.

Advertisement

Kredit foto: Wait Videos

Advertisement

Disebabkan fenomena Indian Ocean Dipole (IOD)

Pemuda ini mengatakan kepanasan yang melanda negara itu adalah disebabkan fenomena Indian Ocean Dipole (IOD) iaitu suhu di lautan lebih panas di barat lautan berbanding di bahagian timur. Justeru, ia menyebabkan cuaca panas kering di benua Australia. 

Advertisement

Advertisement

Sukar dihentikan

Advertisement

Malangnya, negara ini masih jauh untuk menarik nafas lega dan segar oleh kerana kebakaran ini adalah berhubung kait dengan fenomena alam itu sendiri. Pemuda ini menjelaskan lagi bahawa bencana alam ini menjadi lebih teruk oleh kerana faktor haba yang berterusan dan kemarau. 

Advertisement

Jutaan haiwan kehilangan nyawa

Selain manusia, haiwan liar dan eksotik yang mendiami kawasan belantara itu turut terjejas. Dia turut menambah bahawa laporan media tempatan dan antarabangsa mendedahkan sejumlah 20 orang manusia dan 500 juta haiwan telah kehilangan nyawa akibat bencana itu. Berikut adalah beberapa perkongsian foto menyayat hati oleh laman Facebook Wait Videos keadaan haiwan yang masih survive impak daripada kejadian ini. 

Advertisement

Advertisement

 

Advertisement

Sumber: Facebook Wait Videos & Twitter shmlsanxion

 

Advertisement

Apa Komen Anda?