Layak digelar Penyanyi Nombor 1 Negara, kebanyakan lagu milik TokTi pastinya sudah boleh dihafal dengan mudah oleh peminatnya. Dari genre balada sehinggalah irama Melayu, karya nyanyian artis ini sangat bersifat malar hijau dan terus relevan berputar di corong radio selama puluhan tahun.
BACA : Miliki Suara Lunak Sebijik TokTi Zaman Muda, Gadis Lesung Pipit Jadi Fenomena
Don’t know how many times I cried…Hahaha…Please excuse the bergetar voice of my mum
Beberapa hari lalu, seorang gadis bernama Syalyza Rosly berkongsikan rasa teruja berpeluang menyanyikan lagu ‘Wajah Kekasih’ ketika berada dalam sebuah majlis. Meskipun awalnya agak gementar untuk mula apalagi Dato’ Siti Nurhaliza turut hadir ke sana, siapa sangka suara miliknya cukup memukau jiwa.
@lyzrsly Received so much love on my cover! So I nak share dengan all of you ok! Reminiscing the moment I got to sing infront of Dato’ Sri Siti Nurhaliza 🥲 Can’t describe my feelings, it was so overwhelming. Don’t know how many times I cried. Hahaha! Please excuse the bergetar voice of my mum i think she is nervous/excited as much as I am! 🤣 #fyp
Since ramai yang tanya reaction TokTi, here you go…Finally dapat jumpa dari view yang lain
Baginya sendiri, memperoleh peluang keemasan menyanyi di hadapan idola kegemaran merupakan satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Sambil menjamu selera diselangi pandangan ke atas pentas, TokTi sendiri berikan tepukan setelah mendengar kemerduan suara milik Syalyza.
@lyzrsly Since ramai yang tanye reaction Siti Nurhaliza, here you go! Finally dapat jumpa dari view yang lain 🤍 Enjoy! Harap satu hari nanti dapat duet dgn idola 🥹🤲🏻 Terima kasih semua! I LOVE YOU @Siti Nurhaliza 🤍✨ #throwback #fyp #sitinurhaliza #ctdk #datositinurhaliza #poweroftiktok #malaysia #singapore #indonesia
Weyyy bercakap pun lebih kurang TokTi…Suka tengok reaksi TokTi, mulut duk kunyah makanan tapi telinga pasang
Ternyata apabila melihat ke ruangan komen, ratusan netizen memberikan pujian melambung kepada vokal Syaliza yang amat-amat lunak terutamanya di bahagian high note. Ramai juga yang menyifatkan lenggok suaranya mirip dengan suara TokTi ketika muda-muda dahulu.
Kredit : TikTok lyzrsly
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
