Kecewa Suami Ego & Nafikan Ada Skandal – “Hati Perempuan Mana Boleh Sabar”

Dalam kehidupan berumah tangga, kita memang tidak dapat lari daripada pergolakan antara suami isteri. Walaupun ada pasang surutnya, kesemua konflik perlulah diatasi sebaik mungkin demi mempertahankan mahligai yang terbina. Namun jika terdapat permasalahan yang sama sentiasa berlaku berulang kali, perkara itu nyata tidak boleh dipandang ringan lagi kerana kesabaran dan kesetiaan seseorang ada batas tertentu.

BACA: Minta Batal Sehari Lagi Bernikah, Rupanya Lelaki Honeymoon Dengan Skandal Lain

‘Isteri sekadar di atas kertas’

Selama 5 tahun berkahwin serta dikurniakan 3 cahaya mata, wanita yang dikenali sebagai Hasyidatul Hanim ini tidak pernah terlintas pun untuk ‘membuka pekung’ rumah tangga dan suaminya. Namun akhirnya dia meluahkan juga rasa yang sudah lama terbuku di hatinya.

Walaupun suami kurang wang…tak pernah tinggalkan dia

Setiap kali ‘kantoi’ jalin hubungan lain…akan berlakunya pergaduhan

Jelas wanita ini, dia banyak mendiamkan diri dan bersabar dengan dugaan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Dan sepanjang masa itulah mereka akan bertengkar, dan suami seringkali menafikannya. Lebih malang lagi, setiap perbalahan itu akan berkesudahan dengan dia dikasari sehingga pernah menyebabkan komplikasi dalam kehamilannya.

Pernah ditendang masa hamil anak bongsu…pergerakan anak tak stabil

 Buat elok-elok tak mahu…tetap dengan ego dia

Wanita ini nyata agak terkilan apabila kedua-dua pihak berkenaan seringkali menafikan hubungan di antara mereka. Malah sejurus nama ‘orang ketiga’ itu viral sejak beberapa hari yang lalu, suaminya telah menjatuhkan talak menerusi satu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp. Hal ini kerana dia risau permasalahan rumah tangga ini akan menjejaskan reputasi kerjayanya. Dalam pada itu, Hasyidatul memohon doa orang ramai agar dapat mengharungi dugaan ini bersama 3 anak kecilnya selepas ini.

Sumber: FB Hasyidatul Hanim & mStar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?