Keibubapaan Family Viral

Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Menjelang hari perayaan, sudah pasti pemberian duit raya adalah moment yang paling dinanti oleh setiap kanak-kanak. Adakalanya mereka akan sedaya upaya mengumpul sebanyak mungkin kemudian disimpan ke dalam tabungan. Malah, ada juga akan membelanjakannya untuk sesuatu yang sukar dijangka.


BACA: Isteri Berbunga Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg

Kecik-kecik dah pandai beli emas budak ni

Sama juga seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai permintaan ‘pelik’ daripada anak perempuannya. Menerusi hantaran diyanarazip2 di laman TikTok, dia seakan-akan tidak percaya selepas mendengarkan hasrat si kecil yang ingin membeli emas. Malah, mereka juga dilihat sudah berada di kedai untuk memilih barang kemas yang diingini.

Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Santai pilih barang kemas…siap bayar pakai duit raya

Berdasarkan klip berdurasi 14 saat itu, budak kecil berkenaan pada awalnya dilihat gigih memilih sambil berbual dengan peniaga tersebut. Tidak lama kemudian, dia dengan selamba membayar dengan menggunakan simpanan duit rayanya. Walaupun masih kecil, namun perilakunya yang meminati emas persis seperti seorang dewasa.


@diyanarazip2

Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni 😅

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Bagusnya kecil-kecil dah ajar anak berdikari untuk masa hadapan…dulu saya habiskan duit beli basikal je

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat kepandaian budak kecil itu dalam membeli emas. Pada masa sama, mereka turut memuji si ibu kerana bijak mendidik anak untuk ‘melabur’ awal demi masa hadapan.


Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Kredit: TikTok diyanarazip2

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Facebook

Telegram