Kecoh Da’i Farhan Didakwa Jatuhkan Talak Isteri Pertama Melalui WhatsApp

Minggu lalu, pendakwah selebriti iaitu Da’i Farhan telah membuat pendedahan secara terbuka di laman Instagram setelah menikah buat kali kedua bersama seorang ibu tunggal kepada 8 orang anak. Lelaki berkenaan turut berterima kasih kepada isteri pertamanya, Fatin atas keizinan untuk berpoligami. Walau bagaimanapun, semalam kecoh apabila seorang peguam mendedahkan pendakwah tersebut telah menjatuhkan talak kepada wanita berkenaan. 

BACA: Ujian Ini Berat, Tapi.. Isteri Pertama Ulas Dai Farhan Nikah Janda Anak 8

Jatuhkan talak melalui Whatsapp

Advertisement

Pendedahan berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook oleh Asiah Abd Jalil. Jelasnya, Da’i Farhan telah pun menjatuhkan talak satu kepada wanita yang juga sedang hamil anak kedua mereka menerusi voice note di aplikasi Whatsapp. Apa yang lebih mengejutkan, perkara itu berpunca juga daripada alasan isteri pertamanya nusyuz serta pernah memfitnah dirinya. Peguam itu turut sempat mendedahkan bahawa Fatin pernah membuat laporan polis setelah suaminya dikatakan pernah memukul serta mengurung dirinya. 

Advertisement

Sedang berbahagia bersama isteri kedua

Dakwaan tersebut dikuatkan lagi dengan beberapa screenshot perbualan rakan-rakan kepada Fatin yang mengakui berita tersebut adalah benar. Pendakwah berkenaan juga dikatakan sekarang sedang berada di China untuk berbulan madu bersama isteri keduanya yang dikenali sebagai Dr Erin. 

Advertisement

Advertisement

Sumber: Facebook Asiah Abd Jalil & Marliya Ramli 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?