Hiburan Viral

Kecoh DSV Tawar Gaji RM10K, PA Baru Dedah Tak Ada Agreement- “Berlakon Saja”

Kecoh DSV Tawar Gaji RM10K, PA Baru Dedah Tak Ada Agreement- “Berlakon Saja”

Sekitar hujung tahun lalu, kecoh di serata media sosial apabila usahawan terkenal iaitu Dato’ Seri Vida meluahkan hasrat untuk mencari seorang pembantu peribadi yang baru. Ternyata calon yang diinginkan bukan calang-calang apabila haruslah bujang dan berusia tak lebih dari 30 tahun. Malah gaji yang ditawarkan pula memang cukup lumayan iaitu sekitar 10 ribu ringgit.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

PA baru saya ni pemalu sikit orangnya…Saya pula jenis yang happy sokmo

Tak lama selepas itu, DSV akhirnya mengumumkan pengganti Iqbal yang pernah menjadi pembantunya suatu ketika dahulu. Berkaca mata dan tinggi lampai, Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar yang berusia 26 tahun diumumkan sendiri usahawan tersebut sebagai personal assistant terbarunya.

Kecoh DSV Tawar Gaji RM10K, PA Baru Dedah Tak Ada Agreement- “Berlakon Saja”

Kecoh DSV Tawar Gaji RM10K, PA Baru Dedah Tak Ada Agreement- “Berlakon Saja”

Kecoh DSV Tawar Gaji RM10K, PA Baru Dedah Tak Ada Agreement- “Berlakon Saja”

Bukan berhenti, ini adalah kolaborasi…Offer letter tak ada, agreement pun tak dipersetujui

Namun kini sudah tidak nampak lagi kelibat Qusyairi atau mesra dipanggil Abang Qu bersama DSV di mana-mana. Sedangkan tempoh hari, pemuda tersebut turut bersama menjayakan video klip bagi lagu ‘Ku Ikhlaskan’ nyanyian jutawan berkenaan. Dalam satu sesi live di Instagram, dia mengakui kini tidak lagi ‘berkolaborasi’ bersama majikannya itu. Tindakan itu diambil kerana merasakan pelik apabila sehingga kini tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian diberikan berkaitan pekerjaan tersebut.

@fanss.iqbaldsv

PART1⃣ dengar smp habisss❗❗❗❗kes ni mcm iqbal dulu je #fypシ #fyppp #virallll #tiktokvirall #dsv #abgqu

♬ 原声 – sakit💔 – sakit💔

Dia ada ramai PA tapi saya ni PA Acting saja…Depan kamera acting lah macam PA betul

Jelasnya lagi, dari awal difahamkan jutawan tersebut menawarkan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama. Namun dia sama sekali tidak menyangka perlu bertugas dengan ‘real‘ sebagai pembantu peribadi. Sedangkan sepatutnya jawatan berkenaan hanyalah sebagai ‘PA Acting’ di hadapan khalayak. Oleh sebab itu, Abang Qu turut menasihati orang ramai untuk peka dan titik beratkan soal offer letter pekerjaan. 

@fanss.iqbaldsv

PART ✌ selama ni pa acting je ?#abgqu #dsv #tiktokvirall #virallll #fyppp #fypシ tunggu part 3⃣

♬ 原声 – sakit💔 – sakit💔

@fanss.iqbaldsv

last part #fypシ #fypppp #tiktokvirall

♬ 原声 – sakit💔 – sakit💔

Kredit: TikTok fanss.iqbaldsv 

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kecoh DSV Tawar Gaji RM10K, PA Baru Dedah Tak Ada Agreement- “Berlakon Saja”

Facebook

Telegram