Baru-baru ini, kecoh dengan kontroversi berkaitan Azri Iskandar bakal kahwini seorang penulis skrip selepas 24 hari berpisah dengan Ellie Suriaty. Belum surut isu tersebut, muncul pula seorang wanita yang dikenali sebagai ‘F’ mendakwa dirinya juga menerima lamaran daripada pelakon sensasi itu. Namun begitu, Azri tampil menepis segala dakwaan berkenaan dan memohon agar kehidupannya tidak terus diganggu oleh individu tersebut.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Kalau niatnya untuk mengeruhkan hubungan antara saya dengan bakal isteri, semoga berjaya sebab Azra percayakan diri saya
Menurut selebriti berkenaan, kenyataan tersebut adalah tidak logik sama sekali untuk dirinya mengajak seorang wanita lain dirikan rumah tangga selepas dua hari berpisah dengan bekas isteri. Turut dijelaskan lelaki berkenaan bahawa dia membawa F pulang ke kampung kerana lesen dan cukai jalan keretanya sudah tamat tempoh. Dalam pada itu, dia berpesan agar individu tersebut berhenti mengganggu hubungannya bersama Dr Azra Diera dan bakal ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang rosakkan prestasi kerjayanya.
Nasib sebagai pelakon terjejas apabila nama digugurkan daripada persembahan teater
Selepas tular dakwaan tersebut, pihak produksi terpaksa mengambil keputusan untuk gugurkan nama Azri dari satu persembahan teater. Hal ini disebabkan, golongan penganjur itu tidak mahu mengambil sebarang risiko susulan kontroversi melanda yang boleh beri impak buruk terhadap imej pementasan. Menurut pelakon tanah air itu, dia turut mengalami kerugian sebanyak RM8 ribu selain terkilan sedangkan ia boleh digunakan untuk majlis penikahannya bersama penulis skrip tersebut.
Spekulasi dan fitnah dilemparkan ke atasnya tidak sedikit pun menggoyahkan hubungan
Ekoran daripada dakwaan yang tular, ibu kepada bakal isterinya dikhabarkan pengsan kerana terkejut dan masih berada di pusat rawatan sehingga hari ini. Namun demikian, artis tersebut menyatakan bahawa hubungannya dengan bakal isteri masih utuh dan akan meneruskan perancangan ke jinjang pelamin pada hujung bulan.
Kredit: Portal Malaysia Kini dan Portal mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
