Memiliki zuriat selepas mendirikan rumah tangga adalah saat yang paling dinantikan bagi setiap suami dan isteri. Tidak dinafikan memiliki anak ramai dengan jarak kelahiran dekat-dekat memang meriah. Namun jika tersilap percaturan, sebenarnya banyak padah yang menanti dan hal ini didedahkan oleh seorang pakar bernama Dr. Erna Nadia.
BACA: [VIDEO] Asyik Merungut Mulut Suami Busuk, Isteri Surprise Kehamilan Anak Sulung
Gagal membuat perancangan keluarga dengan baik…ibu berdepan dengan pelbagai risiko
Menurut beliau, terdapat golongan mak yang memiliki anak ramai meskipun umur masih muda. Hal ini membimbangkan pakar perubatan kerana mereka melihat perancangan membina keluarga seolah-olah gagal. Di samping itu, jika tidak menjaga jarak kehamilan, para ibu akan berdepan dengan pelbagai risiko seperti anemia. Selain itu, jika mereka kerap yang melahirkan akan mengundang masalah tombong atau rahim jatuh serta pecah.

Isteri boleh mengalami depresi…Bayi akan menghidap masalah autism
Selain itu, bayi turut berdepan risiko kelahiran pramatang serta kekurangan berat badan gara-gara tidak mendapat zat dan nutrisi yang secukupnya. Malah, anak juga terpaksa menerima tempias gangguan perkembangan saraf. Di samping itu, para isteri bakal berdepan dengan masalah struktur tulang dan kemurungan sehingga menjejaskan rumah tangga.

Berbincang secara baik untuk merancang keluarga…Sayangi isteri bukan berlandaskan nafsu
Sehubungan itu, Dr. Erna Nadia menasihatkan suami dan isteri agar berbincang secara teliti tentang perancangan keluarga serta kehamilan anak agar tidak mengundang risiko pada masa hadapan. Malah, para lelaki digalakkan untuk menyayangi suri hati mereka kerana perkahwinan bukan sekadar berlandaskan nafsu semata-mata.

Sumber: Facebook Erna Nadia
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura